Nissan LEAF 2023 facelift - dari RM168,888, pakej langganan tersedia serendah RM1,800/bulan

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor secara rasmi melancarkan Nissan LEAF 2023 versi facelift untuk pasaran tempatan, selepas ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hatchback elektrik itu masih lagi mengekalkan trenkuasa asal yang terdiri daripada motor elektrik tunggal memacu roda hadapan, dengan kuasa 150 PS dan daya kilas 320 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 155 km/j.

Pek bateri berkapasiti 40 kWh pula membenarkan jarak gerak sehingga 311 km berdasarkan data NEDC.
 

LEAF


Dari segi luaran, Nissan LEAF facelift ini membawakan perubahan pada jeriji hadapan kosong berwarna hitam, seksyen bawah bampar yang dikemas semula, perumah lampu utama hitam, diffuser dengan aksen kelabu, rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci, serta penampilan logo baharu Nissan depan dan juga belakang.

Untuk ruang kabin pula, skrin infohibur kini bersaiz lapan inci yang masih menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, diikuti dengan cermin pandang belakang digital.
 

LEAF


Perubahan yang ketara dibawakan pada Nissan LEAF 2023 ialah kehadiran pengecasan Type 2 AC 6.6 kW di mana bateri boleh dicas penuh dalam masa tujuh jam, sementara pengecasan CHAdeMO 50 kW masih lagi dikekalkan dengan masa pengecasan sepantas 1 jam.

Kelengkapan Nissan Intelligent Mobility (NIM) dipertingkatkan dengan ciri baharu Pengelakan Keluar Lorong (Intelligent Lane Intervention) & Amaran Keluar Lorong (Intelligent Lane Departure Warning), Intelligent Rear View Mirror dan Bantuan Suluhan Tinggi (High Beam Assist).
 

LEAF


Ciri di atas melengkapi ciri sedia ada Nissan LEAF yang terdiri daripada:
- Amaran Pelanggaran Hadapan (Intelligent Forward Collision Warning) Amaran Pergerakan Hadapan (Intelligent Forward Emergency Warning)
- Sistem Kamera Keliling (Intelligent Around View Monitor),
- Sistem Pengesanan Objek Bergerak (Intelligent Moving Object Detection)
- Amaran Tumpuan Pemandu (Intelligent Driver Alertness)
- Intelligent Ride Control, Intelligent Trace Control
- Pemanduan pedal tunggal (e-Pedal Driving)
- Bantuan Mula Mendaki

ETCM menawarkan beberapa warna menarik seperti Stealth Grey, Akatsuki Sunrise Copper, Opera Mauve, Vivid Blue, Midnight Black, Burgundy, serta Pure White Pearl, sementara kemasan kabin boleh dipilih dengan warna Graphite Black atau Stone Grey.

Untuk pasaran Malaysia, Nissan LEAF dijual pada harga bermula dari RM168,888, lengkap dengan jaminan selama tiga tahun (atau perbatuan 100,000 km yang mana tiba dahulu), serta jaminan bateri selama lapan tahun (atau perbatuan 160,000 km, yang mana tiba dahulu).
 

LEAF


Eksklusif untuk pemilik Nissan LEAF, ETCM menawarkan pakej di mana mereka boleh menggunakan mana-mana model Nissan (X-Trail, Navara, atau Serena) untuk tujuan perjalanan jauh sepanjang tempoh tiga tahun pertama, dengan had 23 hari dalam tempoh satu tahun.

Pelanggan Nissan juga boleh mendapatkan program langganan pada harga serendah RM1,800/bulan untuk tempoh tiga tahun, di mana harga tersebut tidak termasuk insurans dan pakej servis penyelenggaraan berkala tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk tempoh terhad, pembeli Nissan LEAF 2023 boleh mendapatkan keahlian JomCharge selama satu tahun bernilai RM600 secara percuma, serta pakej Ice-Cool Tint bernilai RM2,200 juga secar percuma, sementara mereka yang memilih pakej langganan boleh mendapatkan kedua-dua pakej tersebut pada diskaun 50 peratus.
 

LEAF


Bermula hujung minggu ini, ETCM akan mengadakan acara Nissan Electrifying Drive bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman pemanduan berelektrik model-model Nissan seperti Nissan LEAF, Nissan X-Trail Hybrid dan Nissan Serena S-Hybrid.

Berikut merupakan senarai lokasi acara yang bakal diadakan dalam masa terdekat:

11-12 Mac 2023 - ETCM Glenmarie & ETCM Jalan Raja Laut
18-19 Mac 2023 - ETCM Klang & ETCM Kuantan
25-26 Mac 2023 - ETCM Butterworth & ETCM Johor Jaya
8-9 April 2023 - ETCM Ipoh & ETCM Batu Pahat