Nissan lantik Makoto Uchida, Presiden Dongfeng sebagai CEO baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lembaga pengarah Nissan Motor Co., Ltd pada 8 Oktober mengumumkan perlantikan Makoto Uchida sebagai Wakil Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Makoto Uchida sekarang ini adalah Naib Presiden Kanan dan Presiden Dongfeng Motor Co, Ltd. Beliau menggantikan Hiroto Saikawa yang meletakkan jawatan pada bulan lalu. 

Uchida memulakan karier bersama Nissan pada 2003 dan mempunyai pengalaman luas. Selain Dongfeng, beliau pernah memegang jawatan di dalam Renault Samsung Motors. Beliau adalah graduan Fakulti Teologi, Universiti Doshisha.
Ashwani Gupta
Ashwani Gupta - berbaju merah

 

Turut dilantik ialah Ashwani Gupta ke jawatan Wakil Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Nissan.

Menarik tentang Gupta ialah beliau pernah berkhidmat bersama Honda Cars India dan Honda Motor Japan sebelum meneruskan karier bersama Renault dan kemudian Datsun.

Lebih menarik apabila beliau sekarang ini Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Motors Corporation.

Lembaga Pengarah turut melantik Jun Seki sebagai Naib Ketua Pegawai Operasi dengan pelaporan kepada Gupta. Beliau sekarang ini adalah Naib Presiden Kanan Nissan. 

Jun Seki

Perlantikan pengurusan kanan ini penting dalam masa Nissan sedang mencari rentak baharu selepas dilanda masalah kepimpinan dan penurunan jualan.

Ruang yang ditinggalkan Carlos Ghosn sangat besar sama ada dari segi perjalanan bisnes mahu pun penawaran model komprehensif dan pencapaian bidang permotoran yang gemilang.

Soalan pertama yang ingin ditanya ialah, bilakah model pengganti Nissan GT-R akan dikeluarkan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd adalah pengedar sah Nissan yang pertama mengadaptasi konsep NRC di…
Berita Global
  Kejayaan ini memberi sinar kepada pemilik kenderaan bagi mendapatkan alat ganti yang sukar…
Berita Global
Dikenali sebagai Nissan IMk Concept, Nissan menyifatkan kereta kelas kei-car ini sebagai "ultimate…