Nissan Lancar Video Farewell Nissan GT-R R35

oleh Qalif Latif|
Nissan hari ini melancarkan sebuah video khas bertajuk “Farewell to a Legend: Celebrating the R35 GT-R legacy” sebagai tanda perpisahan kepada model ikonik GT-R R35 yang kini rasmi menamatkan produksinya selepas 18 tahun di pasaran.

Model yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007 ini telah meninggalkan legasi besar dalam dunia automotif, dengan lebih 48,000 unit terjual di seluruh dunia serta rekod kejayaan di litar lumba. Dikenali dengan jolokan “Godzilla”, GT-R R35 menjadi simbol kejuruteraan Jepun melalui gabungan teknologi canggih, sistem pacuan semua roda ATTESA E-TS, serta enjin VR38DETT 3.8 liter V6 twin-turbo yang dibina dengan ketelitian tangan jurutera Takumi.

Dalam video berdurasi 1 minit 44 saat itu, Nissan menyorot perjalanan hampir dua dekad GT-R R35, daripada detik pelancarannya, dominasi di Nürburgring, sehinggalah evolusi varian berprestasi tinggi termasuk versi NISMO.

GTR Nismo

Walaupun produksinya kini berakhir, Nissan menegaskan bahawa semangat GT-R akan terus hidup, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan kemunculan generasi baharu model ikonik ini di era elektrifikasi.

Tonton video penuh di sini: https://www.youtube.com/watch?v=hJqJPW7FdQk

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas 18 tahun dihasilkan dengan kira-kira 48,000 unit, era R35 kini rasmi berakhir. Walaupun…
Berita Global
Legasi 48,000 Unit     Di kilang Nissan di Tochigi, para pekerja berkumpul untuk meraikan legasi…
Berita Global
Jepun menjadi antara pasaran terakhir yang menjual Nissan GT-R, sejak tahun 2021 jualan GT-R telah…