Nissan lancar siri pendidikan digital EV di YouTube

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lima tahun kebelakangan ini, jualan bagi kenderaan elektrik (EV) telah meningkat 23 kali ganda, dan di Asia Tenggara sahaja, 37% daripada para pengguna kini menyasarkan untuk membeli EV sebagai kenderaan seterusnya. 

Bagi memenuhi peningkatan terhadap kadar pemilikan EV dan memberikan informasi dengan lebih berkesan, Nissan telah melancarkan siri video pendidikan EV bagi menepis mitos serta memberikan pendedahan kepada awam terhadap kenderaan berkuasa bateri. 

Terdiri daripada empat siri video yang berasingan, Nissan memberikan penerangan berkenaan proses pengecasan, jarak pemanduan, tips memandu serta perkara yang berkaitan dengan pemilikan bagi menjawab soalan yang lazimnya ditanya. 
 


Episod pertama video ini menyentuh aspek pengecasan di mana pemilihan lokasi pengecasan merupakan salah satu faktor motivasi di dalam pemilikan sesebuah EV. 

Walaupun terdapat peningkatan berpotensi terhadap EV, pengetahuan terhadap stesen pengecasan yang wujud menjadi asbab penghalang kepada ramai orang daripada terus memiliki sebuah EV sebagai kenderaan seharian. 

Selain daripada itu, isu keselamatan pengecasan di kawasan yang kerap menerima hujan juga turut dibangkitkan di dalam video pertama ini, di mana kawasan Asia Tenggara juga mempunyai kadar taburan hujan yang paling tinggi sepanjang tahun.

Saksikan video pendidikan EV pertama dari Nissan menerusi pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…