Nissan Kicks di India guna enjin 1.3 turbo, sama seperti Merc A-Class

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Kicks India
Nissan Kicks India
Nissan sedang menyusun semula perniagaan dan itu bukan halangan untuk syarikat melancarkan SUV kompak Kicks di dua buah negara berbeza dengan jarak yang jauh hanya selang beberapa hari.

Kicks dilancarkan di Thailand pada 15 Mei dan disusuli India pada 19 Mei 2020. Nama sama, hakikatnya kedua-dua model itu berbeza dari segi platform dan rangkaian kuasa (powertrain).

Kicks di Thailand menggunakan rangkaian kuasa e-POWER atau range extender dengan enjin HR12DE 1.2 liter tiga silinder yang bertindak sebagai penjana (generator) untuk membekalkan tenaga pada bateri.

Kuasa itu kemudian dihantar kepada motor elektrik yang menggerakkan roda depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Kicks India

Thailand adalah negara pertama di dunia yang menerima Kicks facelift dan negara kedua selepas Jepun yang mengeluarkan pakej e-POWER tersebut.

Kicks pasaran India pula berbeza, SUV kompak itu dibina dari platform BO sama seperti Dacia Duster manakala Kicks pasaran Thailand diasaskan dari platform V Nissan.

Dari segi reka bentuk, sisi kedua-dua Kicks kelihatan sama manakala bahagian depan berbeza.

Konsep asas masih sama kecuali bampar, gril V Motion lebih kecil dan lampu utama lebih besar pada Kicks India. Perbezaan juga boleh dilihat pada papan pemuka kedua-dua model.

 

Nissan Kicks Thailand
Nissan Kicks Thailand

 

Satu lagi perbezaan ketara ialah Kicks pasaran India mempunyai dua jenis enjin iaitu HR15DE 1.5 liter dan HR13DDT 1.33 liter yang sama seperti Mercedes-Benz A Class baharu.

Enjin empat silinder turbo itu mempunyai output 156 PS dan tork 254 Nm dan pengguna boleh memilih transmisi enam kelajuan manual atau X-tronic CVT dengan lapan kelajuan virtual.

Enjin itu menggunakan teknologi saduran (coating) silinder dari Nissan GTR untuk prestasi lebih baik dan penggunaan minyak yang cekap.

Transmisi X-tronic CVT pula 40 peratus lebih cekap berbanding CVT sedia ada.

 

Nissan Kicks Thailand
Nissan Kicks Thailand

 

Bagaimana Nissan boleh menggunakan enjin A-Class? Atau siapa pinjam siapa?

Enjin M282 Mercedes-Benz A-Class dibangunkan dengan kerjasama Renault yang juga lebih kurang sama seperti beberapa model lain di antaranya Clio dan Captur.

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi dan Daimler telah lama bekerjasama dan ini boleh dilihat melalui model premium Infiniti yang menggunakan enjin Mercedes-Benz.

Satu lagi contoh mudah ialah bagaimana pikap Mercedes-Benz X-Class dijenamakan semula dari Nissan Navara.

Praktis ini adalah amalan biasa di dalam industri automotif dan ia membantu dari segi skala ekonomi dan penjimatan pelaburan bagi menghasilkan sesebuah model atau enjin baharu.

 

Nissan Kicks sebelum facelift
Nissan Kicks sebelum facelift

 

Dari segi keselamatan, Kicks dilengkapi sistem pengurusan penstabilan kenderaan, kawalan penstabilan elektronik, sistem kawalan cengkaman, bantuan mula daki dan kawalan jelajah.

Harga Nissan Kicks pasaran India juga menarik iaitu 949,990 rupee (RM54,686) untuk varian 1.5 XL manual, 1,184,990 rupee (RM68,214) bagi 1.3 Turbo MT dan 1,414,990 (RM81,454) rupee untuk varian paling premium 1.3 Turbo XV Premium CVT.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…