Nissan Juke capai unit pengeluaran yang ke-sejuta!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Juke mula diperkenalkan kepada umum di Geneva Motor Show tahun 2010 sebagai sebuah crossover SUV yang menggunakan platform B Nissan yang turut sama menghasilkan Nissan Micra, Nissa n Note, Nissan Cube, Dacia Duster dan Renault Captur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat tiga pilihan enjin ditawarkan termasuklah enjin MR16DDT 1.6 liter dengan induksi paksaan turbo, malah pihak Nissan juga turut pernah membuat kerja gila menghasilkan Juke-R yang dikuasakan oleh enjin  GT-R VR38DETT. 
 

Setelah lapan tahun fasa produksi, Nissan Juke akhirnya mencecah unit pengeluaran sebanyak 1 juta yang dikeluarkan di kilang Nissan Sunderland. 

Unit kesejuta itu dilayangkan dengan warna Vivid Blue yang merupakan antara warna yang baharu sahaja ditambah kepada barisan jualan Nissan Juke. 

Nissan Juke antara model terawal di dunia yang mempopularkan segmen baharu crossover dan dengan rekaan luaran yang unik, ia kini menjadi antara model Nissan yang paling laris dan kekal menjadi pendahulu di dalam segmen tersendiri. 

 


Selain daripada Nissan Juke, kilang Nissan Sunderland juga telah menghasilkan lebih daripada 3 juta unit Qashqai, 2.4 juta unit Micra dan 500 ribu unit Primera. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model generasi pertama, Nissan Juke generasi kedua ini sebenarnya tidak memerlukan…
Berita Global
  Selari dengan perubahan semasa, Nissan menawarkan Juke dengan rangkaian kuasa hibrid dan ada…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…