Nissan ikut jejak langkah Honda, Isuzu tutup kilang CKD di Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Selepas di Indonesia, Nissan akhirnya membuat keputusan untuk menutup sebuah lagi kilang pemasangan kenderaan yang terletak di Filipina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada AutoIndustriya, fasiliti yang menjadi lokasi pemasangan model sedan Nissan Almera itu akan dihentikan operasinya pada Mac 2021, setelah kontrak tamat antara Nissan Philippines Inc (NPI) dengan Univation Motor Philipiines (UMPI).

Langkah ini menurut Nissan lagi adalah sejajar dengan pelan optimasi produksi selain penstrukturan semula perniagaan di rantau ASEAN.

Di bawah pelan transformasi tersebut, Nissan akan mengurangkan sehingga 20 peratus kapasiti produksi di seluruh dunia, dan Filipina merupakan antara lokasi yang terjejas selepas penutupan kilang di Indonesia.

Keputusan Nissan untuk menghentikan operasi pemasangan di negara tersebut merupakan satu lagi tamparan hebat buat negara Filipina, selepas langkah yang sama diambil oleh Honda dan Isuzu.

Honda diberitakan akan menghentikan pemasangan bagi model BR-V dan City, sementara Isuzu pula akan menghentikan proses CKD bagi model D-Max dan mengimport terus model tersebut dari Thailand.


Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…