Nissan henti pembangunan enjin baharu

oleh Mohamad Hanif|
Nissan merupakan pengeluar automotif terbaharu yang dilaporkan untuk menghentikan segala pembangunan enjin pembakaran dalaman generasi baharu untuk pasaran di luar Amerika Syarikat.

Menurut laporan daripada Nikkei, pengecualian tersebut dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat, di mana enjin gasolin masih lagi banyak digunakan untuk kenderaan jenis trak pikap.

Namun, di peringkat global, Nissan akan terus menumpukan perhatian kepada pembangunan kenderaan elektrik sahaja.
 

Nissan


Ini sekaligus menjadikan Nissan sebagai pengeluar automotif Jepun yang pertama melaksanakan langkah drastik tersebut, memandangkan usaha untuk mengekalkan pembangunan enjin generasi baharu dilihat menelan belanja yang agak besar demi memenuhi standard pelepasan emisi dan regulasi yang semakin ketat.

Laporan itu turut menyebut Nissan akan menyalurkan bajet sebesar $5 bilion yang pada mulanya dikhaskan untuk pembangunan enjin bagi membangunkan teknologi EV.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, Nada yang kini berusia 61 tahun akan melepaskan jawatannya sebagai Corporate…
Berita Global
Langkah ini diambil selepas Nissan sebelum ini menghasilkan jumlah Z yang terlalu banyak,…
Berita Global
Perkembangan itu dibentangkan sempena Persidangan Akademik ke-30 “Wildlife and Society” yang…