Nissan henti jualan model GT-R di Jepun?

oleh Mohamad Hanif|
Selepas penjualan Nissan GT-R dihentikan di Eropah dan Australia, Nissan kini menghentikan penjualan GT-R di pasaran tanah tumpahnya minyak hitam model tersebut, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, peminat GT-R di Jepun kini tidak lagi dibolehkan untuk menempah model GT-R terbaharu.

Menurut semakan di laman web Nissan Jepun, jualan Nissan GT-R ditamatkan kerana "jumlah tempahan telah pun mencapai sasaran jualan yang telah dirancang."
 

GT-R


Tidak seperti di Jepun, Nissan menghentikan jualan GT-R di Eropah disebabkan oleh peraturan bunyi bising, manakala jualan GT-R di Australia ditamatkan kerana ia tidak lagi memenuhi peraturan pelanggaran kenderaan baharu yang semakin ketat.

Di Jepun, Nissan menawarkan GT-R dalam versi Premium Edition T-Spec, serta versi litar GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec dengan kelengkapan seperti rim tempa Rays gangsa, brek seramik karbon, spoiler belakang gentian karbon, serta pilihan warna khas Midnight Purple dan Millenium Jade.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…