Nissan hasilkan lebih banyak alat ganti Skyline GT-R R32 guna teknik acuan termaju

oleh Mohamad Hanif|
Nissan baru-baru ini mengumumkan mereka akan menambah lebih banyak alat ganti berbentuk panel badan ke dalam program Skyline GT-R Heritage Parts yang turut merangkumi panel belakang yang khusus untuk model R32.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Disebabkan Nissan Skyline GT-R R32 telah pun lama dihentikan produksi, sudah pasti agak sukar bagi pemilik untuk mendapatkan panel badan gantian, dan ia juga sukar untuk dibikin kembali memandangkan ia bukanlah kereta produksi massa yang boleh terjual dalam kuantiti yang banyak.

Acuan asal juga mungkin sudah lama dihapuskan.

 


Untuk mengatasi masalah itu, Nissan pada tahun 2019 memperkenalkan teknologi pembuatan tanpa acuan yang dikenali sebagai dual-sided dieless molding yang menggunakan dua lengan robot yang pantas untuk membentuk sesebuah panel badan kenderaan, ibarat tukang ketuk badan kereta zaman dahulu.

Dengan bantuan data tiga dimensi, apa jua panel badan kenderaan lama boleh dihasilkan kembali tanpa perlu menghasilkan acuan khusus seperti proses yang terdahulu.

 


Selain daripada itu, Nissan juga turut mengumumkan keterdapatan komponen yang boleh dicetak secara tiga dimensi (3D printing) seperti pelindung abah-abah pendawaian yang juga boleh didapati untuk Nissan Skyline GT-R R32.

Mungkin pada masa akan datang kita akan dapat melihat lebih banyak penawaran alat ganti dan panel badan bagi model-model Nissan yang lebih klasik, seperti Nissan Fairlady, serta model yang lebih moden seperti Nissan Silvia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, beliau berkata walaupun Persatuan Penjual Proton (PVA) menghubungi pembuat…
Berita Domestik
PPCSB yang ditubuhkan pada 19 Jun 1992 merupakan komponen penting dalam selepas jualan PROTON…
Berita Domestik
TÉKHNĒ memasuki pasaran tempatan dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta…