Nissan hantar permohonan paten nama 'Skyline' - mahu lawan Ford?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu berita yang mengejutkan bulan lalu, syarikat automotif Amerika Syarikat Ford telah menghantar permohonan untuk pendaftaran tanda dagang 'SKYLINE' di US Patent and Trade Office.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Baca: Ford daftar paten nama 'SKYLINE'

Tindakan ini sudah pasti mengundang persoalan, memandangkan nama Skyline itu lebih dikenali sebagai coupe (dan juga sedan) berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Nissan sejak tahun 1960-an lagi.

Ini membuatkan Nissan mengambil langkah untuk menghantar kembali permohonan tanda dagang untuk penggunaan nama Skyline di Amerika Syarikat pada 26 Ogos, serta Kanada pada 25 Ogos yang lalu, masing-masing di bawah kategori model kereta dan kereta bersaiz penuh.
 

SKYLINE


Malah, pendaftaran yang dibuat tempoh hari itu menyaksikan Nissan menggunakan gambar contoh model kereta berskala kecil Nissan Skyline R34 empat pintu berdasarkan dokumen yang dilihat oleh laman web New Nissan Z.

Langkah yang diambil oleh Nissan ini bukan sekadar untuk melindungi nama Skyline daripada digunakan sewenang-wenangnya oleh Ford, akan tetapi menunjukkan betapa Nissan masih lagi mahu mengekalkan hak penggunaan nama itu terutama di Amerika Syarikat.

Sumber: New Nissan Z via Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Ciri Baharu Skyline Dalam semakan spesifikasi kali ini, Nissan telah menambah warna luaran…
Berita Global
Bermula dari saat itu, sebanyak 13 generasi Skyline telah dihasilkan dalam bentuk sedan, coupe dua…
Berita Global
Seperti contoh, kereta sports Mitsubishi Eclipse kini menjadi Eclipse Cross, Ford Mustang boleh…