Nissan GT-R50 sah diproduksikan - harga bermula dari RM4.7 juta, 50 unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana yang kita semua maklum, Nissan GT-R50 bakal memasuki produksi dengan bilangan unit terhad sebanyak 50 sahaja kepada mana-mana individu yang berkelayakan dari segi kewangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kenyataan tersebut disahkan sendiri oleh Nissan dan mereka juga turut menerbitkan beberapa keping gambar CGI yang menunjukkan versi produksi yang dilihat telah ditambah baik berbanding versi konsep.


Bagi mereka yang kurang gemar dengan warna asal konsep GT-R50 ini, usah bimbang kerana Nissan menawarkan pelbagai jenis kombinasi warna yang sesuai dengan kehendak dan keperluan para pelanggan mereka. 

Nissan GT-R50 secara standardnya mampu menjana kuasa setinggi 710 bhp daripada enjin bentangan V6 3.8 liter, terima kasih kepada unit turbo berkembar daripada Nismo GT3 GT-R.
 


Nissan masih yakin mereka akan dapat menjual GT-R50 ini kepada 50 orang pelanggan bertuah sahaja dan harga jualan telah disemak semula bermula dari €990,000 (RM4.7 juta sahaja) tidak termasuk cukai dan kos yang berkaitan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada asalnya, kereta edisi terhad ini dirancang pengenalannya di Geneva, namun perancangan tersebut…
Berita Global
Nissan GT-R50 merupakan unit yang dihasilkan berdasarkan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R, dan…
Gaya Hidup
Tahun ini, kita semua maklum Nissan GT-R menyambut ulang tahun yang ke-50 dan Grand Seiko (sekali…