Nissan GT-R50 oleh Italdesign bakal masuk fasa produksi!

oleh Mohamad Hanif|
Ingatkah anda pada lakaran Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign sepertimana yang kami paparkan tempoh hari?

Ada berita baik untuk anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model prototaip GT-R hasil kerjasama antara Nissan dan Italdesign bersempena ulangtahun yang ke-50 ini, sekiranya mendapat lampu hijau dilaporkan akan memasuki fasa produksi dengan bilangan unit yang amat terhad. 


Selain daripada menerima kemaskini rekaan luaran yang agresif, bahagian teknikal juga turut menerima naiktaraf kuasa kepada 710 kuasa kuda dan 780 Nm daya kilas daripada enjin bentangan V6 itu, terima kasih kepada jasa turbo spesifikasi GT3.  

Bagi menampung lebihan kuasa berbanding 600 hp pada model terdahulu, kotak gear dual-clutch sequential dengan enam nisbah kelajuan itu telah dirombak dan ditala semula supaya ia mampu menyalurkan kuasa tersebut dengan lebih berkesan kepada empat buah roda.
 


Kesemua unit tersebut akan dibina menggunakan tangan oleh Italdesign sendiri dan anda perlu cepat menghantar nama kepada mereka oleh kerana Nissan GT-R50 ini hanya akan dibina sebanyak 50 unit sahaja.  

Berita kurang baiknya?
 


Anda perlu memiliki sejumlah wang sebanyak €900,000 (RM4.2 juta) untuk meletakkan nama anda sebagai salah seorang pemilik yang bertuah di atas muka bumi ini. 

Sementara anda mengumpulkan duit dengan menjual beg tangan Birkin, sila tempah tiket penerbangan dengan segera ke Festival of Speed Goodwood yang akan berlangsung pada minggu ini kerana prototaip Nissan GT-R50 ini akan dipamerkan secara eksklusif di sana. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus…
Informasi
Sementara kita menunggu bagaimana Nissan mahu membuat acuan baharu untuk generasi selepas R35, mari…
Berita Global
Pun begitu, ia tidak dapat menghalang insan yang kreatif imaginasi mereka untuk meluahkan ekspresi…