Nissan GT-R50 by Italdesign - Objek seni yang menggagumkan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam dunia automotif hari ini begitu banyak kereta-kereta laju yang menggagumkan. Setiap satu daripadanya tampil dengan keunikan tersendiri.

Seseorang tidak boleh mengatakan bahawa sesuatu yang hebat itu hanya datang daripada Ferrari atau Lamborghini. Banyak lagi jenama hebat seperti Pagani, Koenigsegg, McLaren atau jenama Asia sendiri seperti Lexus, Toyota atau Honda.

Tetapi dalam banyak-banyak kereta berprestasi yang dikeluarkan, model manakah yang lebih hampir dengan masyarakat?

Nissan GT-R R35.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan GT-R50 by Italdesign

 

Walaupun R35 bukan sekelas dengan model-model Ferrari atau Lamborghini, kereta ini berada dalam kelas tersendiri. 

Laju, ada gaya dan boleh dimiliki oleh orang kebanyakan yang berkemampuan.

Cuma... Nissan GT-R sudah pun menghampiri usia 11 tahun sejak dilancarkan pada penghujung 2007.

Melalui tempoh yang panjang tersebut sudah sampai masanya Nissan mengeluarkan model baharu atau setidak-tidaknya mempamerkan model konsep jika mahu model ikonik ini disambung.

Inilah apa yang Nissan telah lakukan dan lebih hebat lagi apabila bekerjasama dengan studio rekaan terkenal iaitu Italdesign.

 

Nissan GT-R50 by Italdesign

 

Kerjasama yang julung kali diadakan ini telah menghasilkan Nissan GT-R50 by Italdesign.

Kenapa ada angka 50? Adakah Nissan mahu melompat terus siri R35 kepada R50?

Angka tersebut sebenarnya merujuk kepada ulang tahun ke-50 GT-R dan Italdesign. GT-R50 dibangunkan daripada model GT-R NISMO dan akan dipamerkan kepada umum di Eropah pada bulan hadapan.

Italdesign dipertanggungjawab untuk membangunkan dan menghasilkan kereta ini manakala reka bentuk luaran dan dalaman direka di pusat reka bentuk Nissan di London dan di Amerika Syarikat.

Melihat dari luar dan dalam, GT-R50 ini sarat dengan gayaan Itali yang anggun dan minimalis seterusnya memberikan eleman segar pada kereta yang sudah berusia satu dekad ini.

 

Nissan GT-R50 by Italdesign


Dari tepi, GT-R50 tampak lebih rendah hasil daripada garisan bumbung yang direndahkan sebanyak 54 milimeter.

Simbol signatur GT-R iaitu pedang samurai pada bahagian tayar depan kini lebih jelas dengan lekapan emas dan ditarik dari bahagian bawah pintu ke garisan bahu.

Pada bahagian belakang pula lampu bulat berkembar diperbaharui dengan posisi terapung dan kosong ditengah seperti sebuah silinder. Nyalaan pada lingkaran lampu menyerlahkan lagi imej anggun kereta ini.

Spoiler juga tampil menyerlah berbanding R-35. Roda yang digunakan adalah saiz 21 x 10 inci pada bahagian depan dan 21 x 10.5 inci pada bahagian belakang.

Membalut roda ialah tayar Michelin Pilot Super Sport saiz 255/35 R21 di depan dan 285/30 R21 di belakang.

 

Nissan GT-R50 by Italdesign

 

Warna yang dikenakan pada kereta ini ialah Liquid Kinetic Gray dengan selingan warna Energetic Sigma Gold sebagai lambang sambutan ulangtahun.

Bahagian dalaman pula tampil minimalis seperti kereta super buatan Itali. Tiada butang-butang atau kotak yang tidak diperlukan. Tampil ringkas dengan kemasan Alcantara® dan kulit Alcantara selain dari selingan warna emas.

Menguasakan kereta ini ialah enjin 3.8 liter V6 VR38DETT yang dibina NISMO dan menghasilkan 720 ps dan tork 780 Nm.

 

Nissan GT-R50 by Italdesign

 

Naiktaraf pada enjin ini ialah turbo spesifikasi GT3 dengan diameter lebih besar dan intercooler saiz ekstra.

Beberapa peralatan lain yang mengikut spesififikasi GT3 ialah rod penyambung dan bearing, omboh, aci engkol dan aci sesondol dan pelbagai lain kelengkapan dalaman lain.

Turut berbeza ialah set suspensi dari BILSTEIN DampTronic® I dan menghentikan kereta ini ialah brek depan Brembo enam omboh dan empat omboh dibelakang dengan angkup berwarna merah terang.

Akhir sekali, Nissan GT-R50 by Italdesign ini bukan untuk dijual mahu pun bayangan kepada model gantian akan datang.

 

Nissan GT-R50 by Italdesign

 

Ia hanyalah untuk menyambut ulangtahun ke-50 Italdesign dan GT-R. Menariknya ini adalah kerjasama pertama Nissan dan Italdesign.

Apa pun kata Nissan dan Italdesign, GT-R50 adalah idea yang sangat baik jika dibuat model produksi dan dijual kepada umum.

Tidak terlalu eksotik seperti Ferrari atau Lamborghini dan pada masa sama mengekalkan identiti kereta berprestasi untuk orang kebanyakan. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada asalnya, kereta edisi terhad ini dirancang pengenalannya di Geneva, namun perancangan tersebut…
Berita Global
Nissan GT-R50 merupakan unit yang dihasilkan berdasarkan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R, dan…
Gaya Hidup
Tahun ini, kita semua maklum Nissan GT-R menyambut ulang tahun yang ke-50 dan Grand Seiko (sekali…