Nissan GT-R (X) 2050 - konsep jentera yang boleh 'dipakai' pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah memperlihatkan buat kali pertama model konsep Nissan GT-R pada masa akan datang yang digelar sebagai Nissan GT-R (X) 2050.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun tidak seperti jentera GT-R yang gagah perkasa di atas litar itu, model konsep ini memiliki dimensi yang cukup kecil, iaitu panjang 2,908 mm, lebar 1,537 mm dan tinggi 658 mm.

Kenapa dimensinya begitu kecil?

 


Ini kerana menurut penciptanya, Jaebum "JB" Choi dari ArtCenter College of Design Pasadena, konsep yang dibawakan pada GT-R (X) 2050 ini merupakan konsep ekso-skeleton automotif, membawa maksud GT-R ini boleh 'dipakai' oleh pemandu.

Apa yang lebih membingungkan, posisi pemanduannya jauh menyimpang daripada kedudukan asal yang biasa kita praktikkan.

 


Menurut penciptanya, pemandu harus baring di atas perut (meniarap lah!) dan memposisikan tangan dan kaki seakan bentuk X, manakala sistem kawalan kenderaan akan dihubungkan kepada otak pemandu menerusi helmet futuristik, dan memberikan respon mengikut kehendak pemandu.

Namun usah risau kerana Nissan GT-R (X) 2050 ini hanyalah sekadar konsep semata-mata, dan penghasilan model skala penuh ini dibuat dengan bantuan Nissan Design America, di mana Choi menjalankan latihan industrinya di sana.