Nissan GT-R terima sentuhan Naomi Osaka - 50 unit terhad, hanya di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terkini GT-R (R35) sudah berada di dalam produksi hampir 11 tahun dan dalam tempoh masa tersebut, Nissan tidak mendatangkan perubahan yang besar pada penampilan kereta sports tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita mungkin sudah melihat bagaimana rupa sebenar GT-R50 yang dihasilkan dalam unit terhad itu, namun bagi mereka yang ingin mengekalkan imej R Godzilla yang asal, mereka boleh mendapatkannya di Jepun. 

 


Bersempena dengan perjanjian di antara Nissan dan pemain Grand Slam iaitu Naomi Osaka, Nissan telah memperkenalkan barisan GT-R edisi khas dengan unit penghasilan yang amat terhad.

Pemain tennis kelahiran Jepun berusia 21 tahun itu membantu Nissan memilih penampilan akhir GT-R  dengan tiga pilihan warna - Brilliant White, Meteor Flake Black Pearl dan Midnight Opal.

 


Selain daripada itu, Nissan juga turut memperlengkapkan GT-R ini dengan spoiler belakang jenis dry carbon dan plet emas di bahagian ruang enjin, manakala ruang kabin pula menerima tiga pilihan warna trim. 

Sebanyak 50 unit GT-R edisi khas ini bakal dihasilkan berdasarkan varian Premium di Jepun dengan harga jualan bakal diumumkan pada bulan hadapan.