T-spec merujuk kepada perkataan 'trend' dan 'traction' di mana kedua-dua varian baharu ini akan mula dijual pada pertengahan bulan Oktober ini.

Membezakan model T-Spec ini adalah kelengkapan yang dimuatkan seperti brek seramik karbon eksklusif, spoiler belakang gentian karbon, pelindung enjin eksklusif dan lencana eksklusif pada bahagian depan dan belakang.
Terdapat dua warna ditawarkan iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade, di mana versi Midnight Purple merupakan warna khas daripada model GT-R terdahulu dan diinspirasikan daripada fenomena penukaran cahaya aurora borealis.

Model GT-R Premium Edition T-Spec mendapat rekaan ruang kabin yang eksklusif, rim aloi tempa Rays berwarna gangsa, serta sistem suspensi yang memfokuskan kepada pengurangan berat badan.
Tahap kelebaran rim-tayar juga telah dipertingkatkan untuk manfaat ketegaran tayar, serta menawarkan pengendalian yang lebih lancar dan sensitif.

Sementara model GT-R Track Edition engineered by NISMO T-spec pula dilengkapi dengan bumbung dan trunk lind yang diperbuat daripada gentian karbon eksklusif.
Harga jualan GT-R T-spec bermula dari 15,904,900 yen (RM599,877) untuk varian Premium sehingga 17,881,600 yen (RM674,431) untuk versi Track Edition engineered by NISMO.