NISSAN GT-R NISMO GT3 - Ada duit, kira jadi boh!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Orang kata wang bukan segala-galanya, benar juga tetapi dengan wang anda boleh memiliki kereta dahsyat ini. Nissan Motorsport International Co., Ltd. atau NISMO menawarkan kepada mereka yang berminat model lumba  NISSAN GT-R NISMO GT3 versi 2018.

Model ini dibina daripada NISSAN GT-R (R35) NISMO dan dipertingkatkan bagi mematuhi peraturan FIA GT3. Ia hanya dibuat berdasarkan pesanan dan penghantaran pertama akan dibuat sekitar bulan Januari tahun depan.

Model GT3 dihasilkan oleh pengeluar bagi memenuhi permintaan pasukan yang berminat bagi menyertai perlumbaan di serata dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan GT-R NISMO 2018

 

NISMO memperkenalkan NISSAN GT-R NISMO GT3 pada tahun 2012 dan sejak itu telah membekalkan unit perlumbaan kepada pelanggan di serata dunia seperti di Jepun, Eropah, Amerika, China dan Australia.

Unit yang dibekalkan telah berjaya mencatat beberapa kejayaan seperti kejuaraan dalam kelas SUPER GT GT300, Blancpain Endurance Series dan juga juara keseluruhan Bathurst 12 Hour (Australia) pada 2015.

Berikut ialah keistimewaan dan perubahan yang telah dibuat pada GT-R GT3 versi 2018:

  • Model lumba ini diasaskan daripada versi jalanan NISSAN GT-R (R35) NISMO
  • Ia dibangunkan berdasarkan data perlumbaan yang dihimpunkan sejak model pertama iaitu pada tahun 2015
  • NISMO mahu menghasilkan sebuah kereta yang mempunyai kelebihan yang ada pada GT-R dan mampu dipandu dengan stabil dan laju di mana-mana litar di dunia dengan apa sahaja jenama tayar
  • Secara spesifiknya, pembahagian berat dioptimumkan dan bahagian tengah graviti direndahkan dengan meletakkan enjin 150mm ke belakang dan lebih rendah berbanding model 2015
  • Suspensi depan dan belakang serta cross member telah direka semula bagi menambah baik dinamika kenderaan
  • Kitaran penyelenggaraan yang lebih panjang hasil daripada rekabentuk baharu transmisi 
  • Brek yang lebih tahan lasak dan tahan lama
  • Ujian untuk model ini telah dilakukan di Jepun dan luar negara sejak April tahun lalu dan juga melalui kerjasama dengan rakan rasmi NISMO dalam beberapa perlumbaan. Jumlah jarak untuk program ini menghampiri 30,000 km.
  • Model baharu ini juga senang untuk dikendalikan oleh pemandu profesional dan biasa dan juga lebih tahan lasak

 

Nissan GT-R NISMO 2018

 

NISSAN GT-R (R35) NISMO ini ditawarkan pada harga JPY 60,000,000 atau bersamaan RM 2,162,836.05. Harga ini tidak termasuk cukai dan penyerahan adalah di kilang NISMO.

Harga yang dinyatakan juga belum termasuk spesifikasi tambahan dan alat ganti. Memang tinggi jika dibandingkan dengan GT-R versi jalanan namun ini adalah versi lumba dan ia biasanya dibeli oleh pasukan yang mempunyai bajet besar.

Ada duit semua jadi boh!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenyataan tersebut disahkan sendiri oleh Nissan dan mereka juga turut menerbitkan beberapa keping…