Nissan GT-R generasi baru mungkin ikut jejak langkah NSX jadi supercar hybrid

oleh Mohamad Hanif|
Nissan GT-R generasi R35 sudah pun berusia 14 tahun tanpa sebarang perubahan rekaan yang ketara, di mana versi yang paling berkuasa pada ketika ini telah pun diperlihatkan menerusi model edisi terhad GT-R50.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan beberapa laporan terdahulu, Nissan bakal menamatkan generasi terkini ini dengan pengenalan model penutup pada tahun hadapan, sebelum mereka beralih kepada generasi baharu R36.

Bercakap kepada laman web Autocar, CEO Nissan Makoto Uchida menjelaskan masa depan supercar itu bakal bergantung kepada bagaimana mereka mahu menjadikannya sebagai jentera yang terus bertahan dengan undang-undang emisi semasa.
 

GTR


"Nissan GT-R merupakan kereta sports professional tanpa kompromi. Jika Z direka untuk seseorang yang mahu menikmati kereta sports, Nissan GT-R pula merupakan mesin yang pro, dan kami akan memastikan GT-R mampu bertahan pada masa akan datang.

Ini bermakna, terdapat kemungkinan besar Nissan GT-R bakal mengikut jalan elektrifikasi yang telah dipertunjukkan oleh model-model supercar hibrid, seperti contoh Honda NSX.

Makoto Uchida tidak mendedahkan perancangan Nissan sama ada untuk menjadikan GT-R sebagai supercar hibrid ataupun tidak, namun beliau mengesahkan generasi baharu itu bakal menggunakan platform serba baharu, tidak seperti Nissan Z 2023 yang menggunakan platform asal 370Z.
 

GTR


"Sama ada kita akan mengambil langkah elektrifikasi ataupun tidak, kita sememangnya boleh menjadikan GT-R lebih berkuasa. Model ini akan menggunakan platform baharu, dan matlamat kami amat jelas: Nissan GT-R perlu menjadi kereta terpantas di dalam kelasnya.

"Nissan GT-R perlu menawan litar, ia perlu 'bermain' dengan permainan teknologi termaju. Namun ini semua tidak bermakna Nissan GT-R perlu mendapat bantuan elektrifikasi.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…