Nissan GT-R, 370Z mungkin dihentikan penjualan di Eropah kelak

oleh Mohamad Hanif|
Dalam laporan terdahulu, Nissan dilaporkan akan mengumumkan pelan pemotongan kos operasi bernilai £2.3 billion (RM12.22 billion) pada 28 Mei ini termasuklah perancangan untuk menguburkan jenama Datsun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dalam laporan terkini yang dipetik daripada Reuters, Nissan bakal merombak operasinya di Eropah bagi memfokuskan terhadap penjualan crossover dan juga kenderaan komersial.

Nissan juga bakal bergantung harap kepada Renault dan dilaporkan akan berkongsi produk dengan syarikat automotif Perancis itu.

Langkah terbaharu ini dilihat memberikan kesan kepada ribuan pekerja serta melibatkan penutupan kilang pemasangan yang terletak di Barcelona, Sepanyol yang memasang Navara dan Renault Alaskan, serta Mercedes-Benz X-Class.

Kilang Sundeland, United Kingdom juga diberitakan bakal terjejas, namun ia akan diubah fokusnya menjadi hub SUV.

Disebabkan fokus Nissan kini dihalakan kepada produk crossover dan SUV (Qashqai, Juke, Ariya, X-Trail), beberapa produk sedia ada Nissan bakal terjejas, malah mungkin dihentikan penjualannya serta-merta, seperti Nissan Z dan GT-R.

 


Langkah penstrukturan semula operasi di Eropah adalah disebabkan Nissan memutuskan benua tersebut menawarkan prospek yang kecil untuk pertumbuhan dan keuntungan, dan Nissan akan menumpukan fokus kepada pasaran yang lebih besar dan mendatangkan keuntungan seperti China dan Amerika Syarikat.

Nissan juga diberitakan akan menguatkan kerjasama dengan Renault di Eropah, dan mengikut sumber dalaman, ia juga bakal menandakan kehadiran projek kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Ini bermakna, Nissan bakal diberikan tanggungjawab untuk membangunkan trenkuasa petrol, hibrid dan elektrik untuk crossover Renault-Nissan, manakala Renault pula bakal mengetuai segmen kenderaan komersil.

Sudah tentu, matlamat asal perancangan ini adalah untuk mengurangkan kos dan membenarkan kedua-dua pihak berkongsi kapasiti pengeluaran.

Namun, kenderaan yang bakal dijual oleh Renault dan Nissan bakal memiliki rekaan unik yang tersendiri, walaupun pada asalnya hadir dari platform yang serupa.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…