Nissan GT-R 2024 mula dijual di Jepun, RM466 ribu hingga RM989 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan GT-R 2024 Jepun
Nissan GT-R 2024 Jepun
Pada Januari lalu Nissan telah memperkenalkan GT-R 2024 dan meneruskan penawaran model yang mula dikeluarkan sejak 2007.

Biar pun lebih sedekad, GT-R masih elok dan sedap dipandang dan semakin relevan ketika dunia automotif hari ini beralih kepada teknologi elektrifikasi.

Di pasaran terpakai juga sangat jarang atau tiada GT-R yang dijual pada harga rendah ditambah pula dengan kehadiran GT-R NISMO.

Setelah diperkenalkan pada Januari, Nissan mengumumkan tempahan kini dibuka untuk pelanggan di Jepun dan bakal diedarkan pada penghujung April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Model istimewa GT-R Track edition engineered by NISMO dan Track edition engineered by NISMO T-spec pula lebih lewat iaitu pada musim panas nanti (di antara Jun hingga September).

GT-R 2024 tampil dengan spoiler, bampar depan dan belakang baharu yang membantu dalam meningkatkan prestasi aerodinamik.

Komponen itu direka untuk daya mendap yang lebih baik tanpa meningkatkan rintangan angin. 

Kualiti pemanduan dicapai melalui penambahbaikan pada cengkaman tayar dan prestasi pengendalian.

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

GT-R 2024 menggunakan peredam ekzos baharu yang mematuhi peraturan bunyi luaran terkini dan mengeluarkan irama yang berbeza.

Ekzos itu juga mengurangkan bunyian tidak perlu dan gegaran semasa memandu. Kuasa dan tork maksimum enjin VR38DETT kekal sama.

Nissan GT-R Premium edition T-spec pula dilengkapi suspensi talaan khas, brek karbon seramik dan bahagian dalam dengan warna istimewa.

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Model paling berbisa Nissan GT-R NISMO ibarat kereta litar yang dimekap cantik dan sah digunakan di jalan raya.

GT-R NISMO 2024 dilengkapi spoiler baharu pada kedudukan lebih tinggi untuk meningkatkan prestasi aerodinamik.

Selain itu, kawalan 4WD telah dipertingkatkan selari dengan penambahan pembeza gelincir terhad (LSD) mekanikal di depan.

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Melalui kawalan pembahagian tork depan dan belakang yang lebih tepat, prestasi di selekoh menjadi lebih baik dan menurut Nissan paling bagus di dalam sejarah GT-R.

Ciri perlumbaan diteruskan pada bahagian dalam dengan kerusi RECARO baharu yang lebih tegar dan membentuk rasa kebersamaan dengan kereta.

GT-R NISMO Special Edition mempunyai komponen enjin berbeza seperti gelang omboh, rod penyambung dan aci engkol.

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Model itu juga dipasangkan tukup enjin karbon NISMO dengan corong NACA dan dilitupi lapisan jernih (clear coating).

Perlu diketahui, GT-R NISMO dan GT-R NISMO Special Edition adalah dua varian yang berbeza dan begitu juga dengan harga.

Bukan sahaja dua varian berprestasi tersebut, ada sejumlah lagi varian GT-R 2024 dan anda perlu mengetahuinya sebelum menempah atau membeli dari pengimport bebas.

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Varian dan harga Nissan GT-R 2024 pasaran Jepun:

  • Pure edition - 13,750,000 yen (RM466,846.97)
  • Black edition - 15,350,500 yen (RM521,251.16)
  • Premium edition - 14,840,100 yen (RM503,919.70)
  • Premium edition T-spec - 18,960,700 yen (RM643,846.89)
  • Track edition engineered by NISMO - 17,650,600 yen (RM599,359.93)
  • Track edition engineered by NISMO T-spec - 21,380,700 yen (RM726,021.43)

Nissan GT-R 2024 (NISMO)

  • NISMO28,650,600 yen (RM972,785.88)
  • NISMO Special edition29,150,000 yen (RM989,742.22)

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Nissan GT-R 2024 Jepun

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pilih kesemuanya untuk dijadikan koleksi? Idea bagus. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan…