Menerusi kempen terbaharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memiliki Nissan Almera 1.0L Turbo pada harga RM530 sebulan menerusi pelan pembiayaan Flexi Financing, serta pakej aksesori Urban bernilai RM5,500.
ETCM juga turut menawarkan promosi khas untuk penjawat awam di mana Nissan Almera 1.0L Turbo varian VL kini dengan harga bermula dari RM71,906 sahaja.
Untuk mereka yang mahu mendapatkan trak pikap terbaharu Nissan Navara dengan teknologi terbaik di dalam kelasnya, pelan pembiayaan Flexi Financing membolehkan anda membawa pulang trak pikap itu dengan bayaran ansuran RM960 per bulan.

Selain daripada itu, Nissan X-Trail kini didatangkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM5,600, serta pelan Flexi Financing dari RM1,020 bulanan.
Sementara Nisan Serena S-Hybrid pula datang dengan pakej servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh), serta bulanan RM1,080 menerusi pembiayaan Flexi Financing.