Nissan Grand Livina generasi baharu dilancarkan di Indonesia - harga dari RM58k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minggu lalu, kita sudah pun melihat sebuah MPV rebadge daripada Nissan meluncur di atas jalan raya, dan MPV tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Nissan Grand Livina generasi baharu. 

Dilancarkan di Indonesia, Nissan menawarkan sehingga lima varian kepada LMPV yang disadur daripada Mitsubishi Xpander itu, dengan harga bermula daripada 198.8 juta rupiah (RM58 ribu) sehinggalah kepada Rp 261.9 juta (RM76 ribu).  
 


Walaupun berkongsi platform yang serupa, Nissan memberikan kelainan kepada Grand Livina, dengan elemen gril V-motion di bahagian hadapan, lampu LED DRL yang lebih tirus, lampu signatur LED di bahagian belakang, serta penampilan lampu kabus yang rendah posisinya. 

Rekaan bumper juga turut diberikan nafas baharu, manakala di bahagian enjin pula menggunakan enjin empat silinder sebaris 1,499 cc yang memberikan kuasa 104 PS dan daya kilas 141 Nm. 

Transmisi pula menggunakan kotak gear manual lima kelajuan atau pilihan transmisi automatik empat nisbah kelajuan. 
 


Dari segi ciri keselamatan pula, kesemua varian Grand Livina menerima ciri standard seperti ABS, EBD, dan dua buah beg udara manakala dua varian tertinggi pula menerima tambahan Bantuan Brek, Kawalan kestabilan Kenderaan (VDC) serta ciri kamera undur.

Antara ciri menarik yang didatangkan pada MPV ini termasuklah sistem audio skrin sentuh 7 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Androind Auto, rim sebesar 16 inci (varian premium), ciri kemasukan tanpa kunci, ciri tilt and telescopic pada stereng, slot kuasa 12V untuk setiap baris dan jarak kelegaan tanah 205 mm.
 


Di negara jiran, Nissan Grand Livina bakal berentap bersama model-model LMPV lain seperti Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Honda Mobilio serta Suzuki Ertiga. 

Difahamkan, Mitsubishi Xpander juga turut akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, dan keadaan ini sangat menarik apabila ETCM membawa masuk model ini bagi menggantikan Grand Livina sedia ada. 

 


Tambahan kepada model sedia ada seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush ini bermakna lebih banyak pilihan kepada kebanyakan keluarga di Malaysia, tidak begitu?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Justeru, tertuduh gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal…
Berita Domestik
Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di…
Berita Global
Baharu sahaja kami sebut-sebut pasal pengganti Nissan Grand Livina, di negara jiran sudah pun…