Nissan gabung operasi Jepun-ASEAN

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah pelan perancangan yang digelar sebagai Nissan NEXT, Nissan telah mengumumkan perancangan untuk menstrukturkan semula operasi mereka di peringkat global, di mana fokus utama Nissan pada ketika ini adalah Jepun, China dan Amerika Syarikat.

Namun, berita yang paling menggemparkan adalah penggabungan operasi Nissan di rantau ASEAN dengan pasaran Jepun, di mana gabungan ini akan dipengerusikan oleh Naib Presiden Eksekutif Asako Hoshino.

Sementara rantau Oceania (yang turut merangkumi Australia dan New Zealand) yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada operasi Asia & Oceana akan bergabung tenaga dengan Eropah dan Afrika, Timur Tengah dan India untuk membentuk AMIEO.

 


Jadi, adakah ini bermakna pasaran ASEAN akan turut mendapat model-model yang dikhususkan untuk pasaran Jepun, seperti kei car?

Tidak, ini kerana pasaran Jepun dan ASEAN adalah dua pasaran yang berbeza dengan keperluan demografik yang nyata berlainan sama sekali.

Menurut Nissan, penstrukturan semula operasi ini dikatakan akan menjadikan mereka lebih kompetitif di mana ia mampu meningkatkan kelajuan operasi serantau dengan lebih berkesan selain memperkenalkan teknologi terkini dengan lebih cepat ke seluruh dunia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada masa yang sama, trend industri seperti elektrifikasi, kenderaan pintar dan teknologi…
Berita Global
Namun, generasi ketiga Nissan LEAF bakal bertukar menjadi sebuah crossover kompak elektrik, seperti…
Berita Domestik
Pencapaian ini juga merupakan kemenangan ketiga sejak tahun 2017 yang menjadikan Edaran Tan Chong…