Nissan Fairlady 300ZX Z32 1994 untuk dijual dengan perbatuan hanya 3,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
Era 1980-an dan 1990-an merupakan zaman kegemilangan kereta sports Jepun, di mana setiap pengeluar - tak kira Toyota, Nissan, Subaru, Mitsubishi dan Honda - berlumba-lumba memperkenalkan produk pantas yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu model yang menarik perhatian adalah Nissan Fairlady 300ZX generasi Z32 yang lahir sejak daripada tahun 1989 sebelum penjualannya berakhir pada tahun 2000.

Direka oleh Isao Sono dan Toshio Yamashita, Z32 ini merupakan model pertama yang dipasarkan mengikut perjanjian lelaki sejati yang diperkenalkan oleh JAMA dengan had kuasa 280 PS. 
 


Z32 ini biasanya dilihat dalam versi coupe, namun jarang kita dapat lihat sebuah versi convertible seperti contoh yang ada di hadapan kita ini merupakan unit yang dibina pada tahun 1994.

Unit yang cantik ini dipaparkan di dalam laman web eBay oleh Diamond Motorworks, dan dikatakan hanya mempunyai sejarah seorang pemilik sahaja. 

Untuk menjadikannya lebih menarik, Nissan 300ZX Z32 ini hanya bergerak sejauh 2,946 km sahaja sepanjang hayatnya!
 


Oleh kerana kebanyakan hayatnya dihabiskan di dalam garaj, tidak banyak kesan penuaan didapati pada bahagian luaran, terutama pada layangan warna Black Emerald Pearl Metallic. 

Luaran masih standard, termasuklah rim dan juga set ekzos yang asli daripada kilang tanpa sebarang modifikasi yang aneh. 
 


Unit kuasa juga masih kekal dengan nadi VG30DE bentangan V6 aspirasi natural (bukan unit turbo berkembar), namun masih mampu menghasilkan 222 kuasa kuda dan 268 Nm daya kilas yang memacu roda belakang menerusi transmisi manual lima kelajuan (ya, bukan auto!).

Harga yang diminta untuk sebuah Z32 yang asli ini hanyalah sekitar $28,800 atau RM117,807 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

 


Sumber: eBay

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Domestik
Para pemilik model kereta terpakai bertauliah daripada portfolio BMW Premium Selection kini dapat…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke…