Nissan dedah projek one-off trak pikap Titan Ultimate Work

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada trak pikap Navara, Nissan juga ada memproduksikan trak pikap bersaiz penuh Titan untuk pasaran Amerika Syarikat (mana lagi). 

Kempen terbaharu Nissan ini digelar "Calling All Titans" dengan kerjasama daripada tiga organisasi nasional iaitu Habitat For Humanity, National Park Foundation dan American Red Cross untuk menghasilkan tiga buah trak pikap kustom berasingan. 
 

projek pertama Ultimate Service melibatkan Palang Merah Amerika


Mengikuti jejak langkah projek Ultimate Service yang dilancarkan tahun lalu, projek one-off ini akan membina trak pikap kustom dengan senarai modifikasi yang sangat panjang, termasuklah bed box lengkap dengan peralatan operasi, sistem suspensi dengan lift kit tiga inci, rod end kustom dan Delta Joints.

Malah, ia juga bakal dilengkapkan dengan peralatan komunikasi mobil terkini membolehkan ia berfungsi sebagai pusat kawalan sementara. 
 


Atas kertas, trak pikap bersaiz penuh Titan ini dikuasakan enjin 5.6 liter V8 yang menghasilkan 390 kuasa kuda dan daya kilas 533 Nm dengan gandingan transmisi auto tujuh nisbah kelajuan. 

Terdapat juga varian 5.0 liter diesel Cummins bentangan V8 dengan 310 hp dan 751 Nm daya tork. 

Ketiga-tiga model one-off ini akan dipamerkan kepada umum menerusi laman Facebook Nissan Trucks pada 5 Mac ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…