Nissan dedah imej kerusi gaming GT-R NISMO, LEAF dan Armada

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Hari Permainan Video Nasional, Nissan telah menerbitkan beberapa gambar lakaran kerusi yang dikhususkan kepada para pemain permainan video atau esports.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Didatangkan dalam tiga model pilihan, kesemua model kerusi gaming ini diinspirasikan daripada model-model seperti GT-R NISMO, Nissan Armada dan juga Nissan LEAF. 

Kerusi gaming yang paling menarik perhatian adalah model yang diinspirasikan daripada Nissan GT-R, menampilkan rekaan berbentuk ala bucket seat, serta kemasan daripada Nismo Black Leather yang disulami dengan bahan suede merah sintetik.
 


Bagi memberikan kepuasan permainan yang lebih baik, bahagian perehat kepala telah didatangkan dengan sistem audio terbina dalam, memberikan pengalaman bunyi keliling yang lebih baik. 

Sementara itu, kerusi gaming Armada pula menampilkan tempat duduk kapten yang didatangkan dengan ciri yang lebih mesra pengguna, seperti ciri pemanas dan penyejuk terbina dalam, balutan kulit hitam dan perang serta sokongan tambahan untuk tulang belakang. 
 


Manakala kerusi gaming LEAF pula sejajar dengan semangat sifar emisi menampilkan bahan-bahan yang mesra alam, kemasan kontras biru, slot pengecasan USB terbina dalam dan juga perehat kaki terbina. 

Namun, berita kurang baiknya, ia hanya sekadar lakaran konsep semata-mata kerana Nissan tidak berhajat untuk menjadikan kerusi gaming ini satu realiti. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahu merasai sendiri sentuhan Lamborghini, pengeluar supercar dari Itali…