Nissan dedah 370Z Clubsport 23 pada acara SEMA - 400 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun model ini dikhabarkan dengan kuasa setinggi 400 hp, usah terlalu gembira kerana Fairlady ini bukanlah model pengganti sebenar untuk Nissan 370Z.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, menerusi pengenalan Clubsport 23 ini, Nissan sedang mempertimbangkan pakej talaan yang lebih serius kepada para peminat casis Z34 yang sememangnya sudah pun berusia 10 tahun sejak pengenalan pertama menggantikan model 350Z (Z33).

Misi Clubsport 23 ini adalah cukup mudah, mereka mahukan para pemilik Z meniru apa jua model konsep yang pernah diperkenalkan sebelum ini menggunakan barangan daripada Nissan Motorsports atau aftermarket. 


Namun menurut Nissan, mereka tidak menjamin kesamaan barang yang bakal ditawarkan oleh kerana mereka masih lagi membangunkan komponen-komponen yang dirasakan sesuai untuk dijadikan bahan modifikasi para pemilik Z. 

Apa yang pasti, Nissan 370Z ini tidak lagi menggunakan enjin asal bentangan V6 VQ37VHR, sebaliknya enjin daripada Infiniti Q50/Q60 Red Sport 400 dengan kod VR30DDTT digunakan. 

Enjin baharu ini memberikan tambahan 50 kuasa kuda (400 hp) daripada output asal 370Z Nismo, terima kasih kepada sistem induksi desakan turbo berkembar yang digunakan sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi klac dan flywheel daripada MA Motorsports, transmisi manual enam kelajuan dan LSD 2 hala cakera karbon daripada NISMO. 

Antara modifikasi yang turut dimuatkan termasuklah corong kemasukan udara sejuk, injap blow-off, coilover, tempat duduk Sparco, harness Sparco, dan sistem ekzos kustom terus ke bumper belakang. 
 


Pihak Z1 Motorsports bertanggungjawab membangunkan sistem rotor brek 2-piece, radiator dan kit intercooler manakala rim pula disumbangkan oleh Rays bersaiz 18 x 10.5.

Sebelum ini kami pernah melaporkan Nissan sedang merancang untuk menggantikan model 370Z ini bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 Nissan Fairlady 240Z dan ia kini dikhabarkan bakal menerima jantung hibrid, sama seperti GT-R dan hampir 40% model Nissan yang lain. 


Dan untuk pengetahuan, nama Clubsport 23 ini merupakan mainan suku kata daripada perkataan Nissan di dalam bahasa Jepun. 

2 - Ni (に), 3 - San (さん) .
 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…
Berita Global
Samalah halnya dengan kereta-kereta sports lain seperti Honda Civic Type R (EK, EG, FD, FK), atau…
Berita Global
Laman web Motoring AU berjaya memperoleh sebuah ilustrasi Nissan 400Z yang dikatakan mimik brosur…