Nissan DAYZ dan ROOX 2022 diperkenal di Jepun, ada merah jambu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan DAYZ Bolero 2022
Nissan DAYZ Bolero 2022
Nissan DAYZ dan Nissan ROOX 2022 dengan spesfikasi yang dipertingkatkan mula memasuki pasaran Jepun pada 15 September.

DAYZ dan ROOX adalah projek syarikat NMKV yang merupakan usahasama di antara Nissan dan Mitsubishi Motors dan kembar kepada eK Wagon dan eK Space.

Apa yang Nissan ubah kali ini ialah penggunaan bahan anti bakteria pada balutan kerusi.

Tempat duduk belakang Dayz lebih selesa dengan penggunaan kusyen lebih tebal manakala kerusi varian Fine Tone kalis air dan turut dilengkapi Intelligent Around View Monitor.

Roox Highway Star X Pro Pilot Edition dilengkapi roda aluminium 15 inci dan Nissan turut menambah varian X turbo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan ROOX 2022

 

Seperti biasa, keicar sebegini menggunakan enjin 660 cc aspirasi natural dan turbo dengan yang terkini mempunyai nadi hibrid.

Kesemua jenis enjin dipadan bersama transmisi Xtronic CVT dan pilihan pacuan 2WD atau 4WD.

Nissan Motor Sports & Customize Co., Ltd. atau NMC pula hadir dengan model istimewa DAYS Bolero, ROOX Autech, Urban Chrome dan Life Care Vehicle (LV).

DAYZ Bolero tampil dengan gaya unik, pilihan warna merah jambu dan juga rekaan roda old school. 

Nissan ROOX Autech 2022

ROOX Autech membawa gaya ringkas, tiada kit badan berlebihan dengan roda sama seperti Bolero tetapi dalam kombinasi yang sekali lagi berjaya membangkitkan aura klasik.

ROOX Urban Chrome pula tampak mewah dengan gaya lebih serius dan komponen luaran berwarna jet black.

Ada tiga tambahan warna badan untuk varian ini iaitu Frozen Vanilla Pearl, White Pearl/Titanium Gray dua tona dan Amethyst Purple/Frozen Vanilla Pearl dua tona.

Pada bahagian dalam, kerusi Urban Chrome lembut untuk disentuh dan kalis air.

Nissan ROOX Highway Star LV 2022

Model LV dibuat untuk mereka yang memerlukan sokongan tambahan. Kerusi depan boleh dipusing dan naik turun supaya mudah untuk masuk dan keluar kereta.

Satu lagi ciri yang membantu ialah pemijak kaki automatik pada pintu belakang supaya senang untuk digunakan kanak-kanak dan juga warga emas.

Harga Nissan DAYZ 2022 bermula daripada 1,332,100 yen (RM42,148) hingga 1,907,400 yen (RM60,351). 

ROOX pula di antara 1,463,000 yen (RM46,290) hingga 2,218,700 yen (RM70,200).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan DAYZ 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pengetahuan, Nissan Dayz merupakan salah sebuah daripada barisan kei car yang dijual oleh…
Berita Global
Jika hari sudah, kita sudah pun melihat Nissan Dayz, kali ini kita melihat pula kembarnya dari…
Berita Global
Selepas Xpander-Livina, Nissan dan Mitsubishi pada pertengahan Mac lalu memperkenalkan model kedua…