Nissan Dayz 2024 - rekaan diperbaharui, praktikaliti bertambah baik

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada barisan kereta kei Nissan di Jepun kini mendapat kemaskini untuk model tahun 2024, selepas kali terakhir perubahan dibuat pada tahun 2022.

Nissan Dayz 2024 kini membawakan rupa paras yang lebih segar, selari dengan perkembangan semasa, di mana elemen V-motion diintegrasikan kemas pada struktur jeriji hadapan.

Jika anda perasan, unit lampu utama juga kini telah diperbaharui rekaannya.
 

dayz


Sementara Dayz varian Highway Star pula mendapat struktur jeriji hadapan yang lebih lebar, garis krom melintang, rim sporti bersaiz 14 inci diikuti dengan bampar belakang rekaan baharu.

Susun atur papan pemuka Dayz tidak begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan model terdahulu.
 

dayz


Cuma, ia kini mendapat kemasan yang lebih premium bergantung kepada varian yang dipilih, seperti contoh upholsteri balutan kulit, aksen dalaman mengikut warna badan.

Aspek praktikaliti turut ditambahbaik dengan kehadiran ruang storan, talam barangan yang lebih dalam di bahagian hadapan penumpang depan, tempat pemegang cawan baharu, serta ciri pemanas roda stereng.

Sama seperti mana-mana kereta kei di Jepun, Nissan Dayz 2024 mengekalkan enjin tiga silinder sebaris 660 cc aspirasi natural dengan kuasa 48 hp atau 64 hp (enjin turbo), dipadankan dengan transmisi CVT serta pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).
 

dayz


Nissan Dayz 2024 bakal dijual pada harga bermula dari 1,437,700 yen (RM45,229) untuk versi asas, sementara Dayz Highway Star G Turbo Pro Pilot Edition berharga sekitar 2,080,100 yen (RM65,432).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kei-car elektrik itu bukan sahaja tampil dengan gaya retro yang unik, tetapi juga ditawarkan pada…
Berita Global
BYD K-Car pertama kali dikesan pada Mei 2025 sebagai sebuah EV penuh yang direka khusus untuk…
Uncategorized
Model generasi baharu ini tampil dengan ruang dalaman lebih luas, selesa serta direka dengan…