Nissan dan Honda jalin kerjasama dalam penyelidikan, Mitsubishi sertai perkongsian strategik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan dan Honda
Nissan dan Honda
Beberapa hari lalu terdapat laporan mengenai Mitsubishi bakal menyertai kerjasama Nissan dan Honda.

Bukan lagi cakap-cakap, Nissan, Honda dan Mitsubishi Motors telah menandatangi memorandum persefahaman (MoU) pada 1 Ogos.

MoU itu melibatkan perbincangan secara bersama rangka kerja bagi lanjutan kepintaran dan elektrifikasi kereta berdasarkan perjanjian yang dimeterai Nissan dan Honda pada 15 Mac.

Pada hari sama pengumuman ini dibuat, Nissan dan Honda memaklumkan persetujuan kedua-dua syarikat untuk menjalankan penyelidikan secara bersama dengan lebih mendalam.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Nissan, Honda dan Mitsubishi

Penyelidikan itu merangkumi teknologi asas pelantar kenderaan perisian tertakrif (SDV) atau kereta berpandukan perisian generasi baharu.

Perjanjian ini adalah perkembangan terbaru dan berdasarkan MoU kedua-dua syarikat pada 15 Mac.

Ringkasan garis masa MoU Nissan, Honda dan Mitsubishi

  • 15 Mac - MoU pertama Nissan dan Honda; rancangan bagi memulakan kajian kebolehlaksanaan perkongsian strategik dalam bidang elektrifikasi dan kepintaran kenderaan
  • Skop kajian merangkumi pelantar perisian automotif, komponen teras berkaitan EV dan produk pelengkap
  • 1 Ogos - Perjanjian Nissan dan Honda mengenai pelantar SDV generasi baharu dan pertimbangan lain
  • Nissan, Honda dan Mitsubishi tandatangan MoU untuk perbincangan rangka kerja bagi lanjutan kepintaran dan elektrifikasi kereta berdasarkan perjanjian pada 15 Mac

Penyertaan Mitsubishi boleh dijangka memandangkan syarikat telah lama bekerjasama dengan Nissan selain berada dalam perikatan automotif yang sama.

Penyertaan Mitsubishi turut menambah pengetahuan dan kekuatan baharu selain meningkatkan lagi sinergi ketiga-tiga syarikat dan peluang perniagaan baharu.

Skop kerjasama Nissan dan Honda dalam MoU baharu:

Platform SDV generasi baharu

  • Penyelidikan bersama tentang teknologi asas - penyelidikan sudah bermula
  • Kedua-dua syarikat menyasarkan untuk menyiapkan penyelidikan asas dalam tempoh kira-kira setahun
  • Berdasarkan hasil tersebut, mempertimbangkan kemungkinan untuk pembangunan pengeluaran besar-besaran

Bateri

  • Mempertimbangkan skop kerjasama dari perspektif jangka pendek dan sederhana hingga panjang. Merangkumi perkongsian spesifikasi dan pembekalan secara bersama
  • Mencapai persetujuan asas bagi menyamakan spesifikasi modul sel bateri masing-masing untuk EV mengikut perspektif jangka sederhana hingga panjang dengan sasaran bateri yang dirancang untuk diperolehi dapat digunakan dalam kenderaan kedua-dua syarikat
  • Honda dan Nissan akan mengkaji tentang pembekalan bateri litium-ion untuk EV yang dikeluarkan oleh L-H Battery Company (kerjasama Honda dan LG Energy Solution) kepada Nissan di Amerika Utara selepas 2028

Gandar elektrik (e-Axle)

  • Mencapai persetujuan asas bagi menyamakan spesifikasi e-Axle masing-masing dalam jangka sederhana hingga panjang untuk digunakan pada EV generasi baharu kedua-dua syarikat
  • Langkah pertama yang dipersetujui ialah perkongsian motor dan penyonsang (perkakasan teras e-Axle)

Saling melengkapi kenderaan

  • Akan mempertimbangkan untuk melengkapi model dari perspektif jangka pendek kepada jangka sederhana hingga panjang
  • Untuk jangka pendek, Nissan dan Honda telah mencapai persetujuan asas mengenai model dan pasaran yang akan dilengkapkan oleh setiap syarikat
  • Kenderaan pembakaran dalaman (ICE) dan EV sedang dipertimbangkan untuk saling melengkapi!

Khidmat tenaga dan peredaran sumber di Jepun

  • Bersetuju untuk mengkaji kemungkinan kerjasama dalam bidang perkhidmatan tenaga dan peredaran sumber di Jepun termasuk pengecasan, perkakasan tenaga, perkhidmatan tenaga menggunakan bateri dan perkhidmatan pengecasan

Penulis: Muhammd Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lampu besar Magnite sudah sedia cantik dan dipadan bersama jeriji baharu dan bingkai berlapis…
Berita Global
  Sebagai sebuah NV200 Vanette, model ini lebih kecil dan mudah untuk digunakan secara harian.…
Berita Global
  Armada 2025 pasaran Amerika Syarikat ditawarkan dalam lima varian iaitu SV, SL, Platinum,…