Nissan cipta runut bunyi khas mudahkan bayi tidur dalam EV - pertama di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam kenderaan elektrik, tiada sebarang bunyi, mahupun gegaran daripada enjin yang biasa kita alami pada kereta konvensional.

Secara asasnya, ia merupakan satu perkara yang cukup bagus, namun bagi sesetengah pihak, terlalu senyap tidak mendatangkan 'keselesaan' kepada para penumpang. 

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Nissan, terdapat sekumpulan ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mudah tidur di dalam Nissan LEAF. 

Ini kerana, menurut Paul Speed-Andrews dari pusat kajian bunyi bising dan gegaran mengatakan, kenderaan elektrik tidak mampu untuk menghasilkan frekuensi bunyi yang menyenangkan kepada kanak-kanak kecil.

Jadi, salah satu kebimbangan yang dihadapi oleh ibu bapa adalah untuk mengharapkan bayi mereka tidur dengan lena ketika pemanduan yang serba senyap itu. 

Mujur, Nissan memahami keadaan ini dan mereka telah bekerjasama dengan Tom Middleton, pakar bunyi dan jurulatih tidur tampil dengan beberapa runut bunyi yang digelar sebagai "zero-emission lullaby" yang pertama di dunia.  

'Dream Drive lullaby' ini boleh didapati menerusi saluran pemain audio utama yang boleh dimainkan menerusi peranti pintar, dan hubungkan sahaja kepada sistem infotainmen kenderaan sebagai satu alunan muzik kepada anak-anak anda. 

 

Add new comment

Careta Ad