Nissan Caravan Mountain dan Caravan Myroom, idea van rekreasi dari Nissan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Caravan Mountain Base concept
Nissan Caravan Mountain Base concept
Sekarang ini semakin ramai yang berminat dengan kenderaan kembara (RV) seperti karavan, campervan, motor home atau truck camper.

Minat itu turut didorong oleh syarikat yang membawa masuk RV dari luar dan juga bengkel yang pandai mengubahsuai van dan pikap sedia ada.

Tidak kurang juga peminat yang mengubahsuai secara sendiri (DIY).

Selain itu, pengeluar kenderaan juga membayangkan van mereka diubahsuai untuk dijadikan sebagai RV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Caravan Myroom concept

 

Sebagai contoh Nissan membawa bukan satu tetapi dua buah model konsep Caravan Mountain Base dan Caravan Myroom ke Tokyo Auto Salon 2022 (TAS 2022).

Seperti yang boleh dilihat, kedua-dua model itu diubahsuai daripada Nissan Caravan atau Urvan di negara kita.

Nissan Caravan Mountain Base

Model ini membawakan konsep base camp ke aras lebih tinggi. Mana tidaknya, lengkap dengan panel solar bumbung yang boleh buka ke luar.

Bukan sahaja di atas malah di tepi van pun ada panel solar yang menggantikan cermin asal!

 

Nissan Caravan Mountain Base concept

 

Dengan adanya panel solar, pengguna boleh gunakan tenaga kurniaan Allah untuk menghidupkan perkakasan elektrik.

Pada bahagian dalam, Nissan melengkapi van ini dengan stesen kerja jenis langsing, dinding untuk barangan dan menariknya ada pendiangan (fireplace) digital yang lebih mesra alam.

Bahagian luar pula menggunakan kemasan kasar untuk melalui laluan mencabar dan balutan corak ira kayu bagi menampakkan imej kabin klasik.

Nissan Caravan Myroom concept

 

Nissan Caravan Myroom concept

 

Van konsep ini direka sebagai tempat berehat untuk keluarga dan rakan-rakan. 

Caravan Myroom diubah suai daripada NV350 dengan bahagian dalam yang tenang dan sesuai untuk pergi berehat pada hujung minggu atau berhenti ketika perjalanan jauh.

Penumpang boleh berehat di kerusi jenis terbina dalam (built in) dan menikmati pemandangan apabila pintu dibuka.

Turut dilengkapi ialah rak buku dan almari untuk menyimpan pelbagai barangan.

Nak tidur? Pun boleh melalui tilam yang disediakan. Bahagian dalam van dibuat seperti ruang tamu dengan konsep moden dan minimalis.

 

Nissan Caravan Myroom concept

 

Kedua-dua van ini adalah model konsep dan membayangkan bagaimana Caravan atau Urvan boleh diubahsuai untuk dijadikan kenderaan kembara.

Ini lah yang dikatakan rumah bergerak! Tapi macam mana nak ke tandas? Boleh berhenti di tapak perkemahan yang lengkap atau mana-mana stesen minyak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Caravan Mountain Base concept