Nissan buka fasiliti kilang pintar di Jepun, kurang pekerja satu daripada punca

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kilang Tochigi Nissan
Kilang Tochigi Nissan
Pada 8 Oktober lalu Nissan telah memperkenalkan satu barisan pengeluaran (production line) di Kilang Tochigi yang menggunakan kaedah Nissan Intelligent Factory.

Kemudahan itu dibuat bagi mengeluarkan kenderaan generasi baharu menggunakan teknologi inovatif dan ke arah karbon neutral.

Satu lagi faktor yang perlu diberi perhatian ialah negara Jepun menghadapi cabaran masyarakat yang menua dan kekurangan pekerja yang serius.

Di media sering dilaporkan tentang dua cabaran tersebut di Jepun dan menunjukkan ianya masalah besar sehingga Nissan mengambil tindakan sebegitu.

Cabaran lain yang dihadapi ialah situasi luar jangka seperti perubahan iklim dan pandemik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kilang Tochigi Nissan

 

Pada masa yang sama, trend industri seperti elektrifikasi, kenderaan pintar dan teknologi berhubung (connected technologies) menjadikan pembuatan kenderaan dan fungsinya semakin canggih dan rumit.

Berdepan cabaran tersebut Nissan menghadapinya melalui kaedah Nissan Intelligent Factory di Kilang Tochigi.

Kemudahan Nissan Intelligent Factory membolehkan Nissan mencapai tiga perkara utama seperti berikut:

1. Menggunakan robot yang mempunyai kemahiran karyawan (pekerja mahir/takumi) bagi mengeluarkan kenderaan generasi baharu dengan kualiti tertinggi.

2. Mewujudkan persekitaran yang dipertingkatkan di mana ramai orang boleh bekerja dengan selesa.

3. Merealisasikan sistem pengeluaran sifar emisi seterusnya mempercepatkan usaha bagai mencapai masyarakat yang menyahkarbon (decarbonized society).

Menarik sebenarnya apabila Nissan memperakui penggunaan robot boleh menggantikan takumi memandangkan mereka ini adalah faktor penting dalam 'seni pembuatan'.

 

Kilang Tochigi Nissan

 

Kilang Tochigi dijadualkan untuk memulakan pengeluaran crossover elektrik Nissan Ariya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Selain itu Nissan mensasarkan untuk mencapai neutral karbon untuk kesemua kilangnya di serata dunia termasuk kitaran hidup produk menjelang tahun 2050.

Sasaran itu dimulakan melalui Nissan Intelligent Factory dengan memperbaiki kecekapan tenaga dan bahan di kilang-kilangnya.

Perkakasan di kilang akan menggunakan teknologi elektrifikasi sepenuhnya menjelang tahun 2050. 

 

Kilang Tochigi Nissan

 

Bagi mencapai neutral karbon di kilang pengeluaran, bekalan elektrik akan dihasilkan melalui sumber tenaga diperbaharui dan dijana menggunakan sel bahan bakar di lokasi (onsite fuel cells) yang menggunakan bahan api alternatif.

Dengan inisiatif ini apa yang kita boleh belajar ialah agenda alam sekitar dan neutral karbon bukan satu perkara yang perlu dipandang ringan.

Nissan sudah memulakannya di Jepun dan cabaran seperti penuaan masyarakat dan kekurangan pekerja perlu dipandang berat kerana ia sedang berlaku.

Usahkan di Jepun, negara kita turut menghadapi masalah kekurangan pekerja di sektor perladangan dan pembinaan!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kilang Tochigi Nissan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…