Nissan berkolaborasi dengan New Balance, hasilkan 'kasut' Kicks 327 Edition yang unik

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada promosi yang berlangsung di Jepun, Nissan bekerjasama dengan New Balance untuk menghasilkan sebuah Nissan Kicks bertemakan kasut sneaker baharu New Balance 327.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan membawakan rekaan tekstur fabrik suede dan tapak kasut putih hitam seperti yang terdapat pada kasut New Balance 327.
 

kicks


Pada bahagian kanan crossover ini terpampang logo New Balance, sementara bahagian kiri pula menampilkan penjenamaan Nissan Kicks 327 Edition.

Kemasan unik turut didatangkan pada bahagian bumbung di mana Nissan Kicks tersebut dipasangkan dengan kolar kasut serta tali putih pada bahagian tersebut.
 

kicks


Nissan sedang mempamerkan model 'kasut' Kicks 327 Edition ini di Nissan Crossing, Ginza, serta melancarkan kempen pemasaran yang digelar sebagai "Catch the Kicks".

Orang ramai yang berjaya mengesan kehadiran Nissan Kicks yang unik ini perlu memuat naik gambar menerusi akaun Twitter untuk melayakkan diri memenangi sebuah Nissan Kicks e-Power 4WD.

 


Bagi mereka yang mahukan kasut New Balance 327 serba baharu, mereka hanya perlu mengulang ciap (retweet) hantaran Nissan di laman mikroblog itu.

Sumber: Twitter Nissan JP

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, anda boleh mendapatkan Nissan Cube terpakai (atau nama rasminya Certified Pre-Owned, CPO)…
Berita Global
Selain mengekalkan nadi hibrid ringan 2.0 liter MR20DD S-Hybrid (150 hp/200 Nm), Nissan Serena…
Berita Global
Berbanding sistem generasi pertama, trenkuasa e-Power yang telah ditambahbaik itu kini mampu…