Nissan bangunkan teknologi baru nyahaktif, halang virus SARS-Cov2

oleh Mohamad Hanif|
Nissan dengan kerjasama Fakulti Sains Farmasi dari University Tohoku mengumumkan pembangunan teknologi baharu yang mampu menyahaktif virus dengan menggunakan bahan pemangkin aktif.

Teknologi tersebut menggunakan pemangkin pengoksidaan radikal nitroksil organik atau lebih dikenali sebagai pemangkin radikal.

Di dalam kebanyakan kenderaan Nissan, pemangkin radikal ini digunakan sebagai bahan tambahan di dalam bahan asas polimer pada cat automotif, serta di dalam bahan polimer gentian dan organik yang digunakan pada bahagian luar dan dalam kereta.

Bahan pemangkin radikal ini mampu menghalang reaksi fotodegradasi untuk jangka masa yang lama seperti keretakan, kerapuhan dan kepudaran.
 

Nissan


Namun berdasarkan kajian baharu, penggunaan bahan ini juga dikatakan mampu untuk menyahaktif virus dengan mengoksidakan kompaun organik, atau lebih tepat lagi menyahaktif struktur protein pancang (spike protein) bagi menghalangnya daripada melakukan proses pemautan dengan sel sasaran.

Kajian tersebut menunjukkan teknologi ini bukan sahaja berkesan menghalang SARS-CoV2 (varian Omicron) malah ia juga turut diuji pada virus alternatif SARC-CoV2, iaitu feline coronavirus.

Menurut Nissan, ia juga berpotensi untuk diaplikasikan dengan lebih meluas pada masa akan datang, termasuklah digunakan sebagai bahan asas antibakteria dan antiviral untuk kelengkapan pendingin hawa dan penapis udara, serta produk pelitup muka dan tekstil perubatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…
Berita Global
Zypp Electric merupakan syarikat India yang menawarkan platform EV-as-a-Service, dengan memfokuskan…
Berita Global
Untuk itu, para jurutera Volvo berusaha untuk melengkapkan pelbagai teknologi terbaik untuk…