Nissan bakal buang 20 ribu pekerja, menteri Perancis beri amaran Renault 'mungkin lenyap'

oleh Mohamad Hanif|
Industri automotif Eropah kini dalam keadaan berjaga-jaga apabila Menteri Perancis memberikan amaran jenama Renault mampu lenyap jika tidak mendapatkan bantuan ditengah-tengah COVID-19 melanda dunia pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sekadar Renault, laporan daripada akhbar Jepun turut mengesahkan rakan sepakatannya Nissan mempertimbangkan untuk membuang kira-kira 20,000 pekerja - majoriti daripada pasaran Eropah.

Renault dan Nissan dilaporkan bakal membentangkan kemaskini strategi pada Rabu nanti, di mana pelan asal adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua belah pihak.

Menteri kewangan Perancis, Bruno Le Maire yang mempertimbangkan bantuan pinjaman sebanyak 5 billion Euro kepada Renault bagi membantu syarikat nasional tersebut menghadapi krisis, memberikan amaran bahawa masa hadapan Renault kian kelam.

Le Maire memberitahu stesen radion Europe 1, "Ya, Renault berkemungkinan bakal lenyap."

Tambah beliau lagi, syarikat Renault sepatutnya tidak menutup kilang yang menghasilkan Zoe dan mampu mengekalkan kira-kira 2,640 pekerja sebanyak mungkin di Perancis, akan tetapi syarikat tersebut perlu menyesuaikan diri dan menjadi kompetitif.

Setakat ini, Renault tidak memberikan sebarang komen berhubung penjelasan Le Maire.

 


Sementara itu, Nissan juga dilaporkan bakal menghentikan 20,000 pekerja di peringkat global, di mana kebanyakannnya berpusat di Eropah dan negara membangun.

Namun, menurut satu sumber yang rapat dengan isu tersebut memberitahu Reuters bahawa angka tersebut masih belum dimuktamadkan.

Julai tahun lalu, Nissan mengumumkan penstrukturan semula yang bakal menjejaskan kira-kira 12,500 orang pekerja, 10% daripada jumlah pekerja global Nissan.

Dalam perkembangan terkini, pihak pengurusan Nissan bersetuju syarikat tersebut perlu mengecilkan skala operasinya dan mengurangkan sehingga 1 juta unit daripada target jualan tahunan.

Malah, Nissan juga bakal memberikan fokus yang lebih kepada tiga pasaran utama iaitu Jepun, China dan Amerika Syarikat.

Di Eropah pula, Nissan akan menumpukan perhatian kepada penjualan crossover dan kenderaan komersil, termasuk kemungkinan untuk menutup salah sebuah kilang di Sepanyol yang terdiri daripada 3,000 orang pekerja.

Sumber: Autoblog