Nissan bakal bankrap tiga tahun lagi - Carlos Ghosn

oleh Mohamad Hanif|
Cerita pasal Carlos Ghosn tidak terhenti setakat episod pelarian beliau dari Jepun menuju ke Lubnan, ini kerana berita terbaharu datangnya dari negara yang menghendaki beliau, Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut seorang bekas pendakwa dan pengkritik sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara mendedahkan maklumat yang sangat menarik berkenaan hubungan beliau dengan Ghosn.

Dalam satu sidang media, Gohara menjelaskan bahawa Ghosn memberitahunya Nissan bakal menghadapi krisis bankrap dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang. 

Namun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan dakwaan tersebut, malah wakil daripada Nissan turut menolak untuk memberikan respon apabila ditanya oleh Reuters. 

Gohara dan Ghosn dikatakan pernah bertemu dua mata sebanyak lima kali sepanjang tempoh dua bulan sebelum insiden Ghosn melarikan diri dari Jepun. 

"Pihak pendakwa raya dan Nissan sedang bekerjasama untuk membawakan kes Ghosn ini ke muka pengadilan," ujar Gohara lagi ketika sidang media di Tokyo pada Rabu lalu. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai…
Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…