Nissan AS benarkan pengguna pandu uji kereta untuk tempoh masa yang lama

oleh Mohamad Hanif|
Aspek pandu uji merupakan salah satu faktor yang menjadi penentu kepada para pelanggan untuk membuat keputusan untuk memiliki kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekadar melawat pusat pameran dan memandu dalam masa kurang dari setengah jam tidak akan memberikan input yang lebih mendalam dari segi penggunaan bahan api, dinamik pemanduan serta pandangan daripada pihak ketiga (ahli keluarga) masing-masing. 

Oleh sebab itu, Nissan kini bekerjasama dengan Turo untuk membenarkan pelanggan memandu uji kereta yang diminati untuk tempoh beberapa hari.

Ini bagi membolehkan pengguna menilai sendiri bagaimana kenderaan yang dipilih mampu disesuaikan dengan kehidupan seharian seperti berjalan jauh, membeli barangan runcit serta pemanduan bersama ahli keluarga. 

Menerusi Nissan Experience Test Drive, para pengguna dikehendaki menempah kenderaan pilihan menerusi Turo yang boleh dipilih daripada 40 buah cawangan pusat pameran Nissan yang berdekatan. 
 


Menerusi peluang ini, tiada sebarang tekanan daripada wakil penjual, dan para pengguna boleh menikmati lebih kebebasan dalam sesi pandu uji persendirian ini. 

Walaupun sesi pandu uji ini tidaklah percuma seperti mana kebiasaan anda memandu uji selama beberapa minit di pusat pameran, pengguna akan diberikan kredit $300 yang boleh digunakan untuk membeli kereta baharu atau kereta pra-milik Nissan.

Program perintis Nissan-Turo ini akan bertempat di tiga kawasan aktif - Los Angeles, Salt Lake City dan Northern New Jersey terlebih dahulu.