Nissan Amerika bakal tutup kedai dua hari tahun hadapan - jimat kos

oleh Mohamad Hanif|
Para pekerja dan staff Nissan di Amerika Syarikat bakal menikmati cuti yang lebih panjang awal tahun hadapan apabila syarikat tersebut mengumumkan cuti tanpa gaji selama dua hari pada 2 hingga 3 Januari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut sumber yang memberitahu Motor1.com, perancangan penutupan operasi selama dua hari tersebut bagi menjimatkan kos operasi, bukan sahaja sektor pengurusan, malah ia turut merangkumi pekerja di fasiliti pemasangan. 

Hal ini kemudian disahkan sendiri oleh wakil Nissan di mana menurut beliau, "bagi mengoptimasikan prestasi perniagaan dan tahap persaingan Nissan Amerika Utara"

Ketika ini, Nissan Amerika Syarikat menggaji kira-kira 14,500 orang pekerja. 

Berita penutupan operasi sementara ini turut mendapat perhatian daripada Stephanie Brinley selaku penganalisa di IHS yang berkata, "Nissan - seperti pengeluar lain - sebenarnya merana akibat prestasi jualan yang merudum di Amerika Syarikat.

"Pendekatan yang dijalankan ini sedikit berbeza, namun ia merupakan langkah yang mampu memberikan impak jangka pendek tanpa memberikan kesan yang ketara kepada para pekerja, berbanding langkah-langkah yang sepatutnya diambil. 

Tahun 2019, Nissan mengalami kerugian akibat penurunan jualan sehingga 15 peratus pada bulan November berbanding tahun lalu, dan penurunan sehingga 7.8 peratus untuk tahun semasa. 

Tatkala model Nissan yang lain mencatatkan penurunan jualan, hanya model NV200 sahaja yang berjaya mencatatkan kenaikan dengan kadar jualan purata sekitar 1,300 sehingga 1,500 unit sebulan. 

Sumber: Motor1