Nissan Almera Turbo 2020 boleh didapati serendah RM688 sebulan!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tempahan dibuka beberapa bulan yang lalu, Edaran Tan Chong Motor selaku pengedar rasmi kenderaan Nissan akhirnya mengumumkan secara rasmi harga jualan Nissan Almera Turbo serba baharu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu VL, VLP dan VLT, Nissan Almera Turbo kini boleh didapati pada harga bermula dari RM79,906 atau bulanan serendah RM688 menerusi promosi pembiayaan Flexi.


Selain daripada itu, pelanggan yang mendapatkan insurans daripada Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) akan menerima Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM75,000, perlindungan Key Care sehingga RM1,500 dan elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500.

BACA: Nissan Almera ada teknologi GT-R


Spesifikasi terperinci adalah seperti berikut:
 

Nissan Almera VL Serba Baharu (Peralatan Standard)


Mekanikal
●    Enjin Turbo HR10DET 1.0 liter
●    X-TRONIC CVT dengan D-Step Logic dan mode Sport

Luaran
●    Lampu Utama jenis Halogen dengan fungsi Auto On/Off
●    Lampu Kabus Hadapan Halogen dengan Lampu Nyalaan Siang Halogen
●    Cermin Sisi Boleh Lipat dan Boleh Ubah Secara Elekrik dengan Lampu Isyarat Membelok LED
●    Lampu Kombinasi Belakang LED dengan Lampu Kabus Belakang LED
●    Peresap Udara Sport dengan Warna Badan (Belakang)
●    Bampar Belakang dengan Kemasan Gentian Karbon
●    Rim Aloi dicat Warna Perak bersaiz 15” (195/65 R15)

Dalaman
●    Kunci Pintar (i-Key) dengan Butang Penghidup Enjin dan ciri Pelumpuh Enjin
●    Corong Pendingin Hawa Sisi dengan Kemasan Perak dan Hitam Berkilat  
●    Stereng Urethane Rata Pada Bahagian Bawahnya yang Sporty bersama Kemasan Krom Mat, suis kawalan Audio dan Bluetooth Bebas Tangan
●    Tuil Gear Urethane dengan Kemasan Gentian Karbon
●    Tuil Gear dengan kemasan Hitam Berkilat dan Perak
●    Kemasan Gentian Karbon pada Perumah Kluster Meter, Tuil Gear & Perehat Tangan Pintu   
●    Stereng Teleskopik boleh laras
●    Fine Vision Meter dengan Paparan Multi-info
●    AM/FM, iPod, AUX, Bluetooth, 4 unit pembesar suara dan 3 x port USB
●    Sistem Pendingin Hawa Manual
●    Kelajuan Pengelap Cermin Boleh Ubah
●    Konsol Tengah Hadapan dengan Perehat Tangan
●    Tempat Duduk Sport Semi Bucket Diinspirasikan daripada Graviti Sifar dengan Kemasan Fabrik Berwarna Kelabu
●    Tempat Duduk Belakang Boleh Lipat 60:40 dengan Perehat Tangan dan Ruang Meletak Minuman  

Keselamatan
●    Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW)  & Brek Kecemasan Hadapan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB) - berfungsi antara 5 km/j hingga 80 km/j.
●    2 Beg Udara SRS
●    Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Brek Bantuan (BA), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist, HSA)
●    ISOFIX dengan Top Tether (x2)


Nissan Almera VLP (Tambahan)

Luaran

●    Rim Aloi Dua Tona 16” (205/55 R16)

Dalaman
●    Papan Pemuka dua Tona dan Kemasan Lembut Berwarna Kelabu Pada Panel Instrumen dengan Jahitan Berkembar
●    Stereng Rata Pada Bahagian Bawahnya dibalut kulit bersama Suis Audio, Bluetooth Bebas Tangan & Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
●    Tuil Gear Dibalut Kulit dengan Kemasan Krom
●    Tempat Duduk Sport Semi Bucket Diinspirasikan daripada Graviti Sifar dengan Kemasan Kulit Berwarna Kelabu
●    Meter Paparan Semi Digital Warna Sepenuhnya bersaiz 7”
●    Paparan Skrin Sentuh Audio Canggih bersaiz 8” dengan ketersambungan Apple CarPlay™ dan 6 unit Pembesar Suara
●    Kawalan Suhu Automatik
●    Kemasan Krom pada pemegang Pintu

Keselamatan
●    6 Beg Udara SRS
●    Kamera Belakang


Nissan Almera VLT (Tambahan)

Luaran

●    Lampu Utama LED dengan fungsi Auto On/Off
●    Lampu Kabus Hadapan LED & Lampu Nyalaan Siang LED
●    Spoiler Belakang (Hitam Berkilat)

Dalaman
•    Kawalan Jelajah

Keselamatan
●    Monitor Pemandangan Keliling Pintar (IAVM); 4 unit kamera 3600
●    Pengesan Objek Bergerak Pintar (Intelligent Moving Object Detection, IMOD)
●    Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning, BSW)
●    Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert, RCTA)

Terdapat sehingga enam warna menarik iaitu Radiant Red, Monarch Orange, Dark Metal Grey, Brilliant White, Diamond Black, dan Tungsten Silver.


Jaminan perbatuan tanpa had kenderaan selama 5 tahun hadir sebagai standard pada semua varian Nissan Almera Turbo serba baharu, bersama servis penyelenggaraan percuma sebanyak 5 kali (berselang-seli) termasuk alat ganti dan kos buruh dalam tempoh 5 tahun.

Orang ramai juga dijemput untuk merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Almera Turbo serba baharu di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara dan berpeluang memenangi 10 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 setiap satu apabila mereka memandu uji Nissan Almera Turbo serba baharu.

Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM88,888 dalam Peraduan Beli & Menang apabila mereka membeli dan mendaftarkan Nissan Almera Turbo serba baharu bermula November hingga Disember 2020.

Nissan juga turut menawarkan pakej aksesori menarik khusus untuk para pembeli Nissan Almera, di mana perinciannya boleh dirujuk pada pautan di bawah:

BACA: Pakej Aksesori untuk Nissan Almera Turbo

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumbangan wang yang sebahagiannya diperoleh menerusi kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency…
Berita Domestik
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para pemilik Nissan Almera 1.0L Turbo untuk membuat impak…
Berita Domestik
Terdapat sehingga empat pakej aksesori menarik ditawarkan kepada pelanggan dan turut hadir dengan…