Nissan Almera dilancarkan di Thailand - kelas ECO Car Phase II, enjin 1.0 liter turbo!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara ramai yang menantikan kehadiran sedan segmen B terbaharu dari Honda, pihak Nissan Motors Thailand mencuri tumpuan umum dengan melancarkan pesaing segmen yang sama, iaitu Nissan Almera 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi terbaharu Nissan Almera ternyata lebih hensem dan lebih kemas berbanding Nissan Almera yang kita ketahui sebelum ini, serta membawakan bahasa rekaan terkini Nissan khususnya penampilan gril V-motion di bahagian hadapan. 

 


Dari segi dimensi, Nissan Almera 2019 memiliki dimensi 4,495 mm x 1,740 mm x 1,460 mm, dengan kelebihan jarak antara roda 20 mm lebih panjang berbanding Nissan Almera generasi terdahulu. 

Bagi melayakkan Nissan Almera dikelompokkan dalam kumpulan ECO Car PHASE II, kesemua varian didatangkan dengan enjin HR10DET 1.0 liter tiga silinder sebaris dengan bantuan turbo menghasilkan 100 PS dan daya kilas maksima 152 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT XTronic. 

Sebagai makluman, menerusi pengenalan peraturan ECO Car Phase II, kesemua kenderaan dibawah kumpulan ini perlulah memiliki spesifikasi berikut:

  • Piawaian emisi Euro 5
  • Emisi CO2 tidak melebihi 100g/km
  • Penggunaan bahan api tidak kurang dari 23.25 km/liter (4.3 liter/100 km)
  • Wajib dipasang ABS, EBD, VSA dan Bantuan Brek sebagai ciri standard
  • Tidak melebihi kapasiti enjin 1,300 cc untuk petrol dan 1,500 cc untuk diesel

 


Sistem keselamatan standard yang dibekalkan dari pusat pameran termasuklah dua beg udara, cagak ISOFIX, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan VDC, serta Bantuan Mula Mendaki. 

Manakala varian tertinggi VL mendapat tambahan empat beg udara, amaran lintasan trafik belakang, amaran titik buta serta Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan dan sistem kamera keliling 360 darjah. 

Tidak seperti Nissan Almera untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan Almera spesifikasi Thailand ini hadir dengan rim bersaiz 15 inci sahaja. 

 


Dari segi dalaman, Nissan Almera didatangkan dengan meter kluster pencahayaan Optitron, sistem paparan maklumat MID 7 inci, tempat duduk pemandu boleh laras enam cara, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pandu mula, dan juga sistem pendingin hawa automatik. 

Unit infotainmen pula merangkumi skrin sentuh bersaiz lapan inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, dan enam pembesar suara keliling. 

Terdapat enam warna ditawarkan untuk Nissan Almera termasuklah Monarch Orange, Radiant Red, Perak Brilliant, Gun Metallic Grey, Black Star, dan Storm White Pearl White.
 


Lima varian ditawarkan dengan harga bermula dari 499,000 Baht sehinggalah 639,000 Baht (RM68,592 - RM87,836). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…