Nissan Almera Black Series dilancarkan - dua varian, harga jualan bermula dari RM69,800

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, model Nissan kedua yang diperkenalkan dengan edisi Black Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang boleh dikesan pada Nissan Almera Black Series ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam, pelindung cermin sisi hitam, spoiler trunk lid hitam, dan rim aloi bersaiz 15 inci. 

Apa yang menarik perhatian, ia juga menampilkan aerokit berwarna titanium gelap ini direka oleh TOMEI Powered Inc. Co. Ltd. dan pihak Nissan berkata penawaran kit badan ini juga terbuka kepada para pemilik Nissan Almera terdahulu.
 


Kemasan Titanium gelap juga turut mempengaruhi ruang dalaman manakala tempat duduk pula dibalut dengan kulit. 

Sistem hiburan pula didatangkan dengan unit audio Clarion bersaiz 6.75 inci, selain daripada mengintegrasikan paparan daripada kamera undur, ia juga mampu menawarkan sambungan kepada peranti pintar menerusi Apple CarPlay dan Android Auto. 

Tiada sebarang perubahan pada aspek kuasa, bermakna Nissan Almera masih mengekalkan enjin empat silinder 1.5 liter HR15DE (100 PS/134 Nm), memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.7 liter/100 km (14.9km/liter).

Ciri Kunci Pintar (i-key) dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan kawalan suhu automatik pula hanya ditawarkan untuk varian VL sahaja. 
 


Nissan Almera Black Series hadir dengan lima warna iaitu Diamond Black, Brilliant White, Tungsten Silver, Bronze Gold dan Titanium Olive, dan harga jualan bermula dari RM69,800.00,  manakala varian VL pula dijual pada harga RM79,800.00, kedua-dua harga di atas jalan tanpa insurans.

Setiap pembelian Nissan Almera hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu).  
 


Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka dengan Aerokit TOMEI serba baharu dengan menghubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke [email protected].

Nissan Almera Black Series baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera - Black Series baharu.
 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

9 – 10 November

Utara

ETCM Alor Setar

Pantai Timur

ETCM Kuala Terengganu

10 – 11 November

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Tengah

ETCM Jalan Raja Laut*

Utara

ETCM Butterworth

Utara

ETCM Ipoh

Selatan

ETCM Taman Tun Aminah

Selatan

ETCM Seremban*

Sabah

ETCM Sandakan

Sarawak

ETCM Miri

17 – 18 November

Tengah

ETCM Glenmarie

Tengah

ETCM Cheras

Utara

ETCM Penang

Utara

ETCM Sitiawan

Pantai Timur

ETCM Kuantan

Selatan

ETCM Johor Jaya

Selatan

ETCM Semabok

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

Sarawak

ETCM Kuching

 

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

Date

Venue

6 – 11 November

AEON Tebrau City, Johor

6 – 11 November

Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

8 – 11 November

East Coast Mall, Kuantan

9 – 11 November

Plaza Merdeka, Kuching

13 – 18 November

AEON Taiping, Perak

16 – 18 November

Kluang Mall, Johor

16 – 18 November

Centre Point, Kota Kinabalu

22 – 25 November

Melawati Mall, Selangor

23 November –

2 December

Nissan @ KL International Motorshow 2018,

MITEC Kuala Lumpur

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…