Nissan aktif di Eropah dan LEAF adalah EV terlaris di sana

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jelas diperhatikan warganet automotif tempatan memang celik dan arif tentang perkembangan industri ini. Sebagai contoh, warganet tahu model apa yang ditawarkan di peringkat global dan tempatan.

Jika tiada atau perlahan dalam menawarkan pilihan, pengeluar dan pengedar akan dipersoalkan dan yang selalu menjadi perhatian ialah Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Harus diakui tawaran Nissan di negara tidak menyeluruh malah ada model yang terus sepi. Apa khabar Nissan Sylphy dan Teana?

Walaupun begitu, ETCM wajar dipuji dalam menawarkan model canggih dan menjimatkan seperti Serena S-Hybrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan LEAF 2019

 

Berbeza di Eropah atau Amerika Syarikat, Nissan begitu aktif di sana dengan tawaran yang menyeluruh dari model rakyat, canggih hingga model berprestasi seperti GT-R.

Buktinya ialah Nissan LEAF adalah kegemaran pengguna di Eropah dan merupakan kenderaan elektrik (EV) terlaris di benua tersebut.

Paling laris ialah di Norway di mana pengguna gemar memilih EV berbanding kereta biasa.

Pada 2018, lebih 12,000 LEAF laris di Norway dan ia satu perkembangan positif dalam menggalakkan penggunaan EV.

Kejayaan itu sama seperti di United Kingdom di mana LEAF adalah model EV paling laris. Status LEAF sebagai EV paling laris turut dipegang di benua Eropah dengan jualan tahun lalu melebihi 40,000 unit.

 

Nissan LEAF 2019

 

Supaya momentum ini dapat diteruskan, Nissan mengesahkan dua lagi varian baharu LEAF untuk Eropah.

LEAF e+ 3.ZERO Limited Edition dilengkapi bateri baharu 62kWh yang lebih berkuasa dan mampu bergerak lebih jauh iaitu 384 kilometer dengan sekali cas penuh.

Satu lagi varian ialah LEAF 3.ZERO yang dilengkapi bateri 40kWh. Varian ini dikemaskini dengan skrin infohibur 8-inci dan fungsi khidmat sambungan yang dilengkapi ciri navigasi pintu ke pintu.

Nissan juga bakal menawarkan aplikasi NissanConnect EV baharu untuk varian baharu LEAF. Pengguna juga diberi tawaran warna baharu dengan bumbung kontra yang dapat membuatkan model ini menarik di mata bakal pembeli.

 

Nissan LEAF 2019

 

Di rantau ini Nissan sebenarnya telah melancarkan LEAF di Thailand pada harga lebih daripada RM 250,000.

Memang tinggi, sebagai imbasan ETCM pernah menawarkan LEAF generasi pertama di pasaran tempatan pada lingkungan harga RM 170,000 termasuk pengecas di rumah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Patrol Super Safari atau juga dipanggil sebagai VTC diasaskan dari Patrol generasi kelima yang…