Nissan akan fokus tiga pasaran utama dunia: US, China & Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan terbaharu dari Reuters, syarikat Jepun yang menjadi sebahagian daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi tersebut dikatakan akan menguatkan kedudukan mereka di tiga pasaran utama, iaitu Amerika Syarikat, China dan Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik sumber yang arif dengan isu semasa, pelan operasi baharu tersebut difahamkan akan diumumkan pada 28 Mei ini yang memperlihatkan arah tuju strategik Nissan dalam masa tiga tahun.

Tambah sumber itu lagi, pelan tersebut bertujuan untuk memulihkan semula hubungan antara para pengedar serta memperkemaskan lagi barisan model sedia ada bagi menjadikan jenama Nissan kembali meraih keuntungan.

Ia juga turut merangkumi beberapa langkah penstrukturan semula demi pelaburan terhadap produk dan teknologi baharu untuk tiga pasaran besar itu tadi.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan merancang untuk merendahkan usia model kenderaan sedia ada daripada lima tahun kepada tiga tahun setengah, serta melancarkan beberapa model baharu dan model yang dikemaskini.

 


Nissan juga akan mengurangkan penjualan kepada industri sewa kenderaan serta operator fleet.

Memberikan tumpuan terhadap tiga pasaran utama itu tadi tidak membawa maksud Nissan akan menghentikan operasi di pasaran lain.

Seperti contoh, Nissan Eropah akan cuba mengekalkan kehadiran mereka di sana dengan penjualan model crossover Qashqai dan Juke, sementara di Asia pula Nissan berhasrat untuk memperkukuhkan jualan di Thailand dan Filipina.

Ini kerana gandingan kedua-dua pasaran tersebut (termasuk Australia, tidak termasuk China dan Jepun) mampu menjana kira-kira 90 peratus jualan dan keuntungan.

 


Namun, langkah yang berbeza diaplikasikan kepada pasaran lain seperti India, Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Russia, Brazil dan Mexico di mana Nissan akan memperkenalkan model kenderaan yang lebih khusus, dan mengurangkan model yang tidak mendatangkan keuntungan.

Kesan daripada langkah ini, Nissan akan menutup sehingga 14 buah barisan pemasangan bermula Julai ini, sekaligus mengurangkan kapasiti produksi global daripada 7 juta (tiga shif kerja per hari) kepada 5.5 juta unit kenderaan (2 shif kerja per hari) untuk setiap fasiliti.

Pelan ini juga turut menekankan kepada kerjasama yang lebih menyeluruh bersama rakan pakatan lain (Renault dan Nissan) serta mengurangkan pertindihan model antara ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…