Nissan 400Z mungkin hadir dengan trenkuasa hibrid elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu kereta sports pacuan roda belakang Nissan 400Z bukan sekadar membawakan tema retro moden yang diinspirasikan daripada model-model lama Z, akan tetapi ia bakal hadir dengan variasi trenkuasa yang bersesuaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan informasi yang diperoleh sebelum ini, Nissan bakal memuatkan nadi V6 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda. 

Namun, naib presiden strategi produk global Nissan, Ivan Espinosa menjawab kepada laman web Motoring, "apa yang saya boleh beritahu adalah terdapat ruang untuk dua perkara yang berbeza, iaitu teknologi konvensional (enjin pembakaran dalaman, ICE) dan teknologi elektrifikasi trenkuasa pada kereta sports.

Kenyataan tersebut mencadangkan Nissan sedang mempertimbangkan opsyen trenkuasa hibrid untuk model 400Z. 

Paling asas, Nissan 400Z mungkin akan dilengkapi dengan sistem mild-hybrid dengan senibina elektrik 48 voltan dan motor penghidup elektrik. 

Jika Nissan benar-benar mahu menjadikan model 400Z sebagai sebuah jentera hibrid sejati, terdapat kemungkinan enjin pacuan roda belakang tersebut akan digandingkan dengan motor elektrik (tunggal atau berkembar) yang memacu roda hadapan. 

Walaupapun, terdapat peluang yang cukup besar spesifikasi dan prestasi Nissan 400Z bakal menyaingi prestasi Toyota GR Supra, atau lebih daripada itu. 

Setakat ini, tiada sebarang tarikh tetap diumumkan berhubung pelancaran rasmi Nissan 400Z.  

Sumber: Motoring

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…