Nissan 370Z Paul Walker paling mahal atas muka bumi - RM428k!

oleh Mohamad Hanif|
Kalau bukan kerana insan bernama Paul Walker, jentera ini tidak akan dapat menikmati harga jualan bertaraf karut mengarut seperti apa yang dijual pada acara bidaan Barret-Jackson Scottsdale baru-baru ini.

Nissan 370Z ini membuat kemunculan rasmi (dipandu oleh Gal Gadot) dalam filem kelima Fast and Furious namun dengan penampilan yang sedikit berbeza. 

 


Dalam filem, ia dipasang dengan peralatan yang 'pantas' seperti intercooler palsu, botol NOS namun pada hakikatnya ia memiliki spesifikasi yang 'tidak berapa pantas'. 

Enjinnya pula adalah jenis aspirasi natural 3.7 liter bentangan V6 yang mampu menjana 332 hp yang dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 
 


Ruang kabin pula mengekalkan stereng boleh buka serta tempat duduk jenis bucket untuk tempat pemandu. 

Harganya? 

$105,600 atau RM428 ribu mengikut kadar pertukaran mata wang semasa, menjadikannya salah satu 370Z yang paling mahal atas muka bumi. 

Mengarut? Ya.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Penangan model-model ikonik benar-benar boleh bikin akaun bank pusing dan kepala berpinar…