NISMO terbitkan video proses restorasi penuh R32 bernilai RM1.75 juta

oleh Mohamad Hanif|
Disember tahun lalu, Nissan menerusi divisyen NISMO telah melancarkan perkhidmatan restorasi khusus untuk para pemilik model Skyline klasik bagi menjadikan jentera-jentera Skyline kembali kepada kondisi seperti baharu keluar dari kilang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pengeluar tersebut telah menerbitkan sebuah video berdurasi tiga minit dan tujuh saat yang memaparkan proses restorasi penuh sebuah Nissan Skyline GT-R R32.

Proses tersebut dimulakan dengan meleraikan segala komponen di mana casis dan kerangka asal akan disembur dengan cat putih dan diimbas menggunakan peralatan pengukuran 3D untuk meneliti kerosakan dan kecacatan pada casis, sebelum proses pembaikan dilakukan.

 


NISMO juga turut menawarkan proses cat semula badan, di mana casis itu tadi akan direndam di dalam cecair yang dinamakan sebagai elekctrodeposition bath untuk melindungi besi casis daripada serangan karat.

Tidak ketinggalan, nadi enam silinder sebaris turbo berkembar RB26DETT turut dileraikan dan pihak NISMO akan membina semula enjin itu tadi, atau overhaul, atau menggunakan komponen baharu.

Bukan sahaja enjin yang dibina kembali itu akan diuji semula, malah casis kereta itu juga turut diuji kadar ketegarannya dengan menggunakan mesin khas sebelum pekerja memasang kembali segala panel dan komponen elektronik, termasuklah pemasangan bahan penebat bunyi.

Seperti yang kami sebutkan dalam artikel sebelum ini, harga untuk sebuah projek restorasi penuh Nissan Skyline GT-R R32 memerlukan bayaran minima dari ¥45 juta atau RM1.75 juta tidak termasuk opsyen-opsyen lain yang ditawarkan oleh NISMO.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, Nissan Skyline NISMO 2024, di mana hanya 1,000 unit sahaja sedan pantas tersebut…
Berita Global
Sama seperti mana-mana model talaan NISMO, Nissan Z NISMO 2024 turut membawakan naiktaraf dari segi…
Berita Global
Dalam klip video berdurasi 45 saat itu, Nissan memperlihatkan beberapa perubahan pada NISMO Z,…