Nismo Heritage Parts kini diperluaskan kepada model Skyline GT-R R33, R34

oleh Mohamad Hanif|
Berita ini bakal membuatkan para pemilik kereta sports Nissan menarik nafas lega apabila Nissan akan menghasilkan semula alat ganti spesifikasi kilang sebagai mengurangkan kebergantungan terhadap barangan aftermarket.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi program khas Nismo Heritage Parts yang dilancarkan pada tahun lalu untuk model Nissan Skyline GT-R R32, Nissan berhasrat untuk memperkembangkan lagi penawaran alat ganti tulen kepada model-model ikonik yang lain. 

 


Dimulakan dengan katalog yang mengandungi 80 alat ganti tulen kepada R32, ia kemudiannya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pemilik kereta sports  era lewat 80-an itu. 

Nissan dengan hati yang pemurah telah menambah dua lagi model ikonik di bawah lencana GT-R, iaitu R33 dan R34 dengan katalog yang menawarkan pelbagai alat ganti seperti kit badan, sistem pacu kuasa, aspek elektrik dan komponen mekanikal baharu. 

Malah, model R32 juga turut menerima penambahan alat ganti baharu ke dalam katalog sedia ada seperti weatherstripping dan suis tingkap kuasa. 
 


Secara keseluruhannya, katalog Nismo Heritage Parts ini merangkumi hampir 160 komponen alat ganti untuk R32, R33, dan R34, terima kasih kepada kerjasama antara Nissan, Nissan Motor Sports, Autech Japan dan beberapa pembekal yang lain. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Nissan meluaskan lagi penawaran tersebut dengan menawarkan sistem ekzos baharu untuk…