Nio ramal kurangkan 30 peratus tenaga kerja menjelang 2027

oleh HEZERI SAMSURI|
Nio, salah satu dari tiga pengeluar kenderaan elektrik (EV) premium China mensasarkan pengurangan tenaga kerja sebanyak satu pertiga menjelang 2027 dengan meningkatkan penggunaan robot di kilang pemasangan miliknya.

Awal bulan ini, Nio telah mengumumkan bahawa ia akan membuang 10 peratus dari pekerjanya untuk meningkatkan kadar kecekapan dan mengekalkan kadar mampu saing.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga pengurusan  menjelang 2025 dengan memperkenalkan sistem kecerdasan buatan (AI) di dalam operasi hariannya.

Jumaat lalu naib presiden pengilangan, logistik dan operasi Nio, Ji Huaqiang menyatakan bahawa teknologi AI mampu mengurangkan kebergantungan operasisyarikat itu kepada pekerja mahir dan juruteknik.

Pada penghujung tahun 2022, Nio mempunyai 7,000 pekerja. 

Syarikat-syarikat EV di China sebenarnya tertekan untuk menangani kerugian besar akibat persaingan harga yang sengit di negara tersebut.

Ada lebih kurang 200 syarikat penghasil EV di China dan ia sudah terbukti terlalu banyak.

Untuk laporan penuh, layari South China Morning Post.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Telefon Nio baharu dijual dengan harga bermula pada 6,499 yuan (RM4,152), dengan keupayaan…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada…